Burgada dari Sepanyol juara Climbathon dan Skyrunner World Series

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Kilian Jornet Burgada dari Sepanyol muncul juara acara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu ke23 hari ini, sekaligus merangkul gelaran juara lelaki terbuka bagi siri perlumbaan "Sky Runners World Series 2009".

Burgada mengekalkan gelaran juara dunia pelari gunung dengan catatan masa dua jam, 40 minit dan 41 saat, mengalahkan peserta Jepun Toru Miyahara dengan catatan masa dua jam, 45 minit dan 57 saat.

Pelajar universiti berusia 21 tahun itu juga memenangi loket emas sebagai pelari pertama tiba di puncak Gunung Kinabalu dalam perlumbaan sejauh 21 kilometer tersebut.

Tempat ketiga disandang peserta negara, Mius Balanting, iaitu dua jam, 53 minit dan 20 saat. Mius berada di tempat ke6 pada acara Climbathon tahun lepas. Catatan terbaiknya setakat ini menduduki tempat kedua pada 2006.

Burgada yang bergelar juara dunia Climbathon sejak 2007, tidak menyangka akan memenangi kejohanan kali ini kerana kecergasannya masih belum pulih sepenuhnya daripada perlumbaan larian 218km "California's Tahoe Rim Trail" bulan lepas, di mana beliau turut bergelar juara.

Bagaimanapun, beliau mengakui Climbathon adalah paling mencabar dalam keseluruhan tujuh siri perlumbaan tersebut, walaupun jaraknya lebih pendek tetapi laluannya adalah lebih curam.

Toru, pemenang tempat kedua acara Climbathon tahun lepas, berkata beliau berpuas hati kerana masa catatannya adalah lebih baik pada tahun ini.

"Berbanding tahun lepas, saya lewat 1 minit apabila saya tiba di puncak, tetapi 4 minit lebih cepat apabila menuruni," kata askar berusia 26 tahun ini menerusi jurubahasa di garisan penamat di Taman Kinabalu, di sini.

Sementara itu, ia adalah perlumbaan yang mencabar bagi Mius, 39, selepas mengalami kecederaan ringan di kaki kanannya apabila beliau terjatuh sewaktu menuruni bukit kira-kira 4.5 km dari garisan penamat.

"Saya terjatuh kerana mahu lari lebih laju kerana khuatir pelari lain akan memotong saya ... Tetapi saya gembira saya berjaya mengekalkan prestasi terbaik," kata peladang dari Ranau ini yang telah beberapa kali menyertai kejohanan tersebut sejak 2000.

Burgada menggondol wang tunai US$4,500 (1 US$ = RM3.38), sementara Toru dan Mius masingmasing memperoleh US$4,000 dan US$3500.

Climbathon Sabah adalah perlumbaan akhir bagi siri perlumbaan "Sky Runners World Series" 2009, yang meliputi tujuh perlumbaan bermula di Costa Rica, Sepanyol, Andorra, Itali, Amerika Syarikat dan United Kingdom. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan