Ipoh akan dijadikan tapak tetap Sukan Udara Kebangsaan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Belia dan Sukan sedia menimbang cadangan menjadikan Ipoh sebagai venue tetap Karnival Sukan Udara Kebangsaan dalam usaha mempromosi aktiviti sukan berkenaan dengan lebih kemas dan menjimatkan perbelanjaan.

Timbalan Menterinya Datuk Razali Ibrahim berkata Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh mempunyai semua kelengkapan dan kemudahan yang diperlukan bagi menjayakan aktiviti sukan berkenaan ke tahap yang lebih tinggi.

"Memang ada kewajaran untuk menjadikan Ipoh sebagai tapak tetap karnival ini kerana ia mempunyai kemudahan yang cukup termasuk akademi penerbangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Udara Kebangsaan 2009 anjuran kementerian berkenaan hari ini.

Beliau berkata langkah itu juga dapat mewujudkan satu keunikan bagi Perak dan dengan menjadikannya tapak tetap, perancangan membangunkan sukan berkenaan dapat dijalankan dengan lebih baik.

"Ini langkah bijak kerana penganjuran karnival akan melibatkan belanja besar jika dialihkan ke tempat lain setiap tahun," katanya.

Mengenai karnival tiga hari itu, Razali berkata ia turut melibatkan empat acara sukan udara peringkat antarabangsa sebagai persediaan melatih atlet negara bagi menyertai Sukan Udara Dunia yang dijadual berlangsung di Itali pada 2011.

"Malaysia akan menghantar pasukan ke Itali dan karnival ini akan melatih atlet berkenaan sebagai persediaan," katanya.

Orang ramai berpeluang menyaksikan pertunjukan udara seperti penerbangan formasi pesawat ringan, helkopter, payung terjun dan paramotor sempena karnival berkenaan selain melihat para atlet bertanding di karnival itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan