Guianus kekalkan kejuaraan Climbathon lelaki veteran bagi tahun kedua

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Peserta Malaysia, Guianus Salagan mengulangi kejayaannya tahun lepas dengan menjuarai acara Climbathon Gunung Kinabalu ke23 sejauh 21km hari ini. Penjawat awam berusia 42 tahun itu mencatatkan masa tiga jam, sembilan minit dan 43 saat bagi mengalahkan Madamin Ghun yang menamatkan perlumbaan dengan tiga jam, 10 minit dan 57 saat.

Sarun Sadi, yang merupakan naib johan tahun lepas, sekadar berpuas hati di tangga ketiga dengan masa tiga jam, 23 minit dan 14 saat.

Pencapaian Guianus tahun ini semakin meningkat, berbanding rekodnya iaitu tiga jam, 12 minit dan 48 saat tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau kurang berpuas hati dengan pencapaian itu kerana menjangkakan dapat menamatkan perlumbaan dalam masa yang lebih baik tahun ini.

"Biasanya, saya berlatih selama empat bulan sebagai persediaan untuk climbathon, tetapi kali ini, saya hanya berlatih dua bulan lepas. Jadi, saya agak kurang berpuas hati dengan masa yang dicatatkan sungguhpun saya menang buat kali kedua," katanya kepada pemberita ketika ditemui di garisan penamat di Taman Kinabalu di sini.

Beliau berkata Madamin, 40, yang dikenalinya sejak sekian lama, terbukti merupakan pesaing yang agak bagus dalam perlumbaan tahun ini.

Sementara itu, Madamin, seorang pekebun dari Kota Belud yang menyertai semula climbathon selepas menang tempat pertama dalam kategori ini beberapa tahun lepas, berkata beliau berpuas hati dengan pencapaiannya itu.

Climbathon ini adalah perlumbaan terakhir dalam Skyrunner Siri Dunia 2009.

Kategori Wanita Terbuka dan Lelaki Veteran diadakan hari ini manakala Lelaki Terbuka pula akan berlangsung pada 7 pagi esok. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan