Dr Ramlan yakin dengan tahap keselamatan di Vientiane - Sukan Ekstra | mStar

Dr Ramlan yakin dengan tahap keselamatan di Vientiane

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Laos Disember ini, Datuk Dr Ramlan Aziz, yakin pihak penganjur temasya edisi ke-25 itu akan menyediakan langkah keselamatan terbaik bagi semua pegawai dan atlet di ibu negara Vientiane.

Katanya beliau percaya aturan keselamatan telah dirancang oleh pihak berkuasa relevan di negara itu bagi menjamin keselamatan pegawai dan atlet dari 10 negara peserta.

"Jika ada kelemahan dari segi keselamatan, kita akan memaklumkan mereka dengan segera," kata Dr Ramlan, yang juga Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut laman web rasmi Sukan SEA Laos, www.laoseagames2009.com, soal keselamatan terletak di bawah Kementerian Keselamatan Awam yang juga bertindak sebagai Jawatankuasa Kecil Keselamatan Sukan SEA Laos.

"Soal keselamatan adalah keutamaan kami dengan mengerahkan anggota keselamatan ke kawasan awam," menurut kenyataan dalam laman web berkenaan.

Ditanya sama ada anggota keselamatan Malaysia akan mengiringi kontinjen negara ke temasya sukan itu, Dr Ramlan berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat ketuaketua kontinjen Sabtu ini.

Selain soal keselamatan, mesyuarat itu juga membincangkan persediaan soal perubatan, logistik dan makanan bagi pegawai dan atlet negara, katanya.

Malaysia akan menghantar 370 atlet dan 120 pegawai ke Laos dengan menetapkan sasaran antara 30 hingga 35 pingat emas dalam 21 daripada 25 jenis sukan yang dipertandingkan.

Temasya sukan itu akan berlangsung dari 9 hingga 18 Dis ini.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara renang, terjun, memanah, olahraga, badminton, snuker & biliard, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karatedo, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping pong, tenis, bola tampar, angkat berat dan wushu.

Bagaimanapun, Malaysia tidak menyertai acara tenis ringan, gusti, muay thai dan timang bulu ayam. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan