Ski Air : 40 sahkan penyertaan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 40 peserta dari lima negara termasuk Malaysia akan berentap pada Pusingan 3 Kejohanan Ski Air dan Wakeboard Malaysia hujung minggu ini.

Pertandingan dua hari anjuran Persekutuan Ski Air Malaysia (MWSF) itu bermula 17 Okt akan berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya di Presint 6, Putrajaya.

Enam acara diatur pada Pusingan 3 ialah mini slalom, novice slalom, open slalom, novice wakeboard, intermediate wakeboard dan open wakeboard.

Menurut MWSF dalam kenyataannya, antara nama terkemuka di kejohanan itu ialah Sasha Christian dari Singapura, yang muncul Johan Asia di World Wakeboard Championship di Seoul, Korea Selatan bulan lepas.

"Malaysia akan diwakili oleh 16 pemain ski air dan antara mereka ialah peserta berusia lima tahun Aaliyah Yoong Hanifah, yang memenangi acara slalom Bawah 10 pada Pusingan 1 dan naib johan acara gabungan Bawah 10 dalam Pusingan 2," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Shamal Norman, 13, dan Nadiah Nasir, 13, kini siap sedia untuk mempamerkan prestasi cemerlang pada Pusingan 3 selepas masing-masing memenangi acara wakeboard dan slalom pada Pusingan 1 dan Pusingan 2.

Peserta berusia lapan tahun Hadi Irfan Rahaizah akan mempertahankan kejuaraannya dalam acara mini slalom Bawah 10 dalam Pusingan 2.

"Tarikan di hujung minggu itu ialah semua penonton berpeluang menikmati 'banana boat ride' anjuran MSWF; percuma bagi kanak-kanak berusia antara 6-10 tahun."

Masuk percuma dan orang ramai boleh menghubungi MWSF di 012 272 1948 atau 012 387 7115 untuk maklumat lanjut.

Kejohanan itu ditaja oleh Perbadanan Putrajaya dan Waterski & Wakeboard World Cup Sdn Bhd. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan