Skuad tenis sasarkan "kejutan" pada Sukan SEA Laos

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Lawn Tennis Malaysia (LTAM) mengharapkan para pemain negara mencipta "kejutan luar dugaan" pada Sukan SEA ke25 di Laos Disember ini.

Presiden LTAM Datuk Abdul Razak Latiff berkata prestasi pemain telah mencatatkan peningkatan memberangsangkan berdasarkan penyertaan mereka pada beberapa kejohanan antarabangsa.

"Ini merupakan petanda baik bagi kami," katanya.

Pada Jelajah Dunia ATP Terbuka Malaysia baru-baru ini, tujuh pemain Malaysia yang menyertai kejohanan itu melalui 'wildcard' ditewaskan dalam pusingan kelayakan pertama tetapi mereka menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan terutamanya pemain nombor satu negara Si Yew Ming.

"Prestasi Yew Ming meningkat dengan banyak dan begitu juga pemain lain. Melihat kepada keadaan itu, kami mempunyai peluang cerah untuk membawa pulang pingat.

"Pemain kita kini setaraf dengan negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia dan Thailand yang merupakan pasukan pilihan untuk memenangi pingat pada sukan SEA," kata Abdul Razak.

Pemain lain ialah Mohammed Faizal Othman, Abdul Hazli Zainuddin, Nazim Khan, Balakrishnan Kanagarai, K.Somasundram dan Adam Jaya.

Dua bulan lagi sebelum berlangsungnya Sukan SEA dari 9 hingga 18 Dis, Abdul Razak berkata para pemain gigih membuat persediaan dengan menyertai kejohanan antarabangsa.

"Para pemain kita mempunyai kemahiran bermain dan latihan yang betul tetapi masih kekurangan daripada pengalaman terutama dalam menentang pemain pilihan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan