Senarai pemanah ke Sukan SEA akan diumum 30 Okt ini

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad memanah merancang untuk menghantar seramai empat pemanah lelaki dan empat pemanah wanita bagi menggalas cabaran negara di temasya Sukan SEA Laos pada 9 hingga 18 Dis depan.

"Bagaimanapun, senarai nama pemanah berkenaan hanya akan diumumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada 30 Okt ini," kata jurulatih memanah kebangsaan, Lee Jaehyung ketika ditemui pemberita di Lapang Sasar Memanah MSN, Bukit Jalil di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Laos, menyaksikan sesi latihan dan bertemu dengan atlet-atlet sukan berkenaan.

Menurut Lee, latihan atlet setakat ini tertumpu kepada latihan secara individu sahaja memandangkan majoriti pemanah akan menghadapi peperiksaan semester bermula pada 26 Okt hingga 14 Nov.

"Memandangkan semua pemanah tidak dapat dikumpulkan dalam satu masa, jadi kita hanya akan memulakan latihan intensif selepas tarikh peperiksaan itu. Ini kerana kita bukan sahaja mengambil bahagian dalam acara individu tetapi juga acara berpasukan," katanya.

Lee berkata agak sukar untuk mengukur prestasi dan tahap persediaan atlet ke arah menghadapi temasya dwitahunan itu.

"Sesi latihan pada sebelah petang digunakan sebaik mungkin untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang ada terutamanya daripada segi konsistensi panahan dan kekuatan mental," katanya.

Pencapaian terbaik skuad memanah Malaysia di temasya Sukan SEA ialah pada tahun 2005 di Manila, Filipina apabila mereka berjaya meraih tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Pada temasya di Korat, Thailand dua tahun lepas, mereka meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan