Bola keranjang: Brunei Barracudas kalahkan KL Dragons

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Brunei Barracudas menumpaskan Kuala Lumpur Dragons (KL Dragons) 94-76 untuk kemenangan sulungnya pada Kejohanan Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL) pertama di Stadium MABA di sini semalam.

Barracudas, di bawah bimbingan Geraldo Ramos dari Filipina, menguasai perlawanan dari awal dan mendahului dalam kesemua empat separuh masa (quarter) perlawanan.

Membariskan empat pemain import Lonnei Jones, Micheal Pilgrim dari Amerika Syarikat dan dua pemain Filipina Leonidez Avenido dan Celedon Camaso pasukan Brunei itu mendahului 28-9 pada separuh masa pertama (1st quarter).

Bagaimanapun, KL Dragons dengan dua pemain import dari Amerika Syarikat Jamal Brown dan Chris Lynch, berjaya merapatkan jurang pada separuh masa kedua (2nd quarter) namum Barracudas tetap dengan kedudukan selesa 51-39 mata.

Barracudas meneruskan penguasaan pada 3rd dan 4th quarter untuk mencapai kejayaan selepas tewas 69-87 kepada Singapore Slingers pada perlawanan pembukaan di Stadium Tertutup Singapura Sabtu lalu.

Dalam kedudukan enam pasukan ABL, KL Dragons tercorot di bawah dengan hanya satu mata manakala Baracudas mendahului dengan tiga mata diikuti Singapore Slimgers, Philippines Patriots dan Satria Muda Britama dari Indonesia.

Bagaimanapun, pasukan Thailand Tigers belum memulakan cabaran.

KL Dragons akan menentang Barracudas pada perlawanan keduanya di Stadium Tertutup Brunei Ahad ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan