New Zealand dipilih sebagai pusat latihan kedua bagi skuad perahu layar

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: New Zealand dipilih sebagai pusat latihan kedua bagi skuad perahu layar dalam persiapan Malaysia menghadapi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Pengarah Cawangan Elit Majlis Sukan Negara (MSN), Ariffin Mohd Ghani berkata, pelayar-pelayar negara akan menjalani latihan di Auckland mulai tahun depan selain latihan di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi.

"Kita mengambil peluang pelantikan jurulatih Andrew Brown dari New Zealand untuk menjadikan Auckland yang mempunyai banyak kemudahan, sebagai pusat latihan perahu layar kedua, katanya selepas melawat Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan di Pokok Asam Kuah di sini hari ini.

Seramai 30 pelayar pelapis elit dan pelapis kebangsaan sedang menjalani latihan pusat di kompleks itu.

Ariffin berkata, New Zealand dipilih sebagai pusat latihan kedua kerana banyak acara perahu layar dipertandingkan di negara berkenaan selain untuk memantapkan persiapan pelayar Malaysia menghadapi Sukan Asia tahun depan.

Katanya latihan di Auckland sepenuh masa tapi berjalan mengikut fasa dan berperingkat-peringkat dengan antara tiga hingga lima pelayar akan dihantar berlatih pada satusatu masa kerana kebanyakan pelayar masih bersekolah.

"Jika tidak menjalani latihan di Auckland, pelayar negara akan menjalani latihan di Langkawi, katanya.

Beliau yakin skuad pelayar Malaysia mampu menyumbang pingat pada Sukan Asia 2010 berikutan kejayaan cemerlang dalam beberapa kejohanan Asia dan Dunia baru-baru ini.

Tanpa mahu meramalkan warna pingat yang akan dimenangi, beliau berkata peluang meraih pingat adalah cerah.

Pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, Malaysia mengondol masing-masing satu emas dan gangsa menerusi Rufina Tan dalam acara Optimist.

Beliau turut bangga dengan kejayaan cemerlang skuad pelayar remaja negara pada Kejohanan Optimis Kebangsaan Hong Kong barubaru ini apabila Mohammad Faizal Norizan muncul juara keseluruhan Optimis dan Divisyen A lelaki manakala Nurul Izzatul Akmar Ruzaimi mengungguli kategori perempuan dalam kejohanan selama empat hari itu.

Mereka turut membolot tiga tempat teratas dalam kategori Optimis Divisyen A di samping dua tempat ketiga Optimis keseluruhan dan Perempuan.

Skuad itu menduduki kedudukan keenam teratas berpasukan dalam Kejohanan Pelayaran Dunia di Niteroi, Brazil baru-baru ini manakala Mohammad Faizal mencapai kejayaan di luar dugaan dengan menjadi naib johan kategori individu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan