Mampukah Malaysia capa sasaran 30-35 pingat emas pada Sukan SEA Laos ?

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menetapkan sasaran 30 hingga 35 pingat emas menerusi 21 daripada 25 acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan SEA ke-25 yang akan berlangsung di Laos dari 9 hingga 18 Disember.

Persoalannya, mampukah sasaran tersebut dicapai selepas Laos menerusi Persekutuan Sukan SEA (SGF) mengugurkan 11 acara yang menyumbangkan 25 pingat emas kepada Malaysia semasa edisi di Korat, Thailand pada 2007. Tinjauan Bernama terhadap jangkaan sasaran emas daripada kesemua persatuan sukan yang tersenarai ke Laos mendapati sasaran tersebut mampu dicapai biarpun ChiefdeMission (CDM) Malaysia ke temasya tersebut, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz mahu bersikap lebih realistik.

Berdasarkan tinjuan, renang mensasarkan lima emas, terjun (5), wushu (2), menembak (4), silat (2), basikal (3), taekwondo (2), karate (5), petanque (1), memanah (2), olahraga (7), badminton (2).

Jumlah 40 pingat emas tersebut jika menjadi realiti, melebihi daripada jangkaan maksimum 35 emas yang disasarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang sebelum itu mensasarkan 30 hingga 35 emas dari Laos berikutan jumlah acara kecil, 21 daripada 25 acara, yang disertai Malaysia.

Sementara acara lain yang disertai Malaysia sekadar memberikan jangkaan sama ada pingat perak, gangsa atau sekadar mara ke pusingan akhir acara yang disertai.

Judo mensasarkan tiga gangsa, bola tampar (pusingan akhir), golf (tiada sasaran), ping pong (satu perak), tinju (tiada emas), angkat berat (tiada emas), polo air (satu gangsa), sepak takraw (tiada emas), snuker & billiard (tiada emas), dan tenis (dua gangsa).

Dr Ramlan ketika diminta mengulas mengenai jangkaan emas tersebut berkata persatuan-persatuan sukan bebas untuk memberikan jangkaan tetapi pihaknya akan membuat keputusan akhir mengenai jumlah emas yang disasarkan dari Laos.

Katanya persatuan mempunyai kaedah sendiri untuk membuat jangkaan tersebut, mungkin berdasarkan rekod terdahulu serta prestasi semasa atlet mereka tetapi pihak CDM bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempunyai kaedah yang lebih ketat sebelum membuat jangkaan.

Sebagai CDM, katanya bukan urusan beliau untuk membuat semua jangkaan tersebut tetapi yang lebih penting ialah memastikan pencapaian kontinjen Malaysia.

"Persatuan boleh membuat pelbagai jangkaan. Jika jangkaan tersebut emas, ia petanda baik yang menunjukkan keyakinan persatuan terhadap prestasi atlet mereka.

"Tetapi jangkaan juga boleh menjadi satu simbol 'feel good' atau sekadar alasan untuk ke temasya tersebut," katanya kepada Bernama.

Bagi Dr Ramlan, apa yang lebih penting ialah mengenai prestasi terbaik atlet itu sendiri.

Seseorang atlet itu, katanya akan dinilai menerusi dua aspek iaitu pencapaian terbaik semusim dan pencapaian terbaik peribadi.

"Jika atlet tersebut berupaya memperbaiki rekodnya dalam keduadua aspek tersebut, ia merupakan satu pencapaian dan saya percaya pingat emas akan turut menyusul," katanya.

Malaysia sebenarnya awal-awal lagi telah kehilangan banyak pingat emas daripada temasya dwitahunan itu berikutan keputusan Persekutuan Sukan SEA (SGF) mengugurkan 11 acara yang memberikan kutipan emas buat Malaysia ketika edisi di Korat.

Daripada 475 pingat emas yang ditawarkan menerusi 43 jenis sukan di Korat, Malaysia membawa pulang 68 emas, 52 perak dan 95 gangsa.

Sebanyak 25 pingat emas daripada 68 emas yang diperolehi semasa di Korat datangnya dari acara gimnastik (2), gimrama (2), tenpin boling (4), skuasy (1), ekuestrian (4), hoki lelaki (1), hoki wanita (1), boling padang (4), polo (1), pelayaran (2) dan triatlon (1). Malangnya kesemua acara ini tidak dipertandingkan di Laos.

Malaysia juga tidak akan mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan tradisional yang popular di negara Indochina yang menawarkan keseluruhan 65 pingat emas.

Tenis ringan menawarkan tujuh emas, gusti (21), muay thai (14), renang sirip (16) dan timang bulu ayam (7).

Malaysia hanya akan bertanding untuk merebut baki 333 pingat emas daripada 398 pingat emas yang ditawarkan pada edisi ke25 Sukan SEA, menerusi 21 acara yang dipertandingkan.

Secara matematik, jumlah pingat emas yang dimenangi di Korat tetapi tidak dipertandingkan di Vientiane dan jumlah acara yang tidak disertai Malaysia di Laos menyebabkan Malaysia telahpun kehilangan 90 pingat emas.

Begitupun Malaysia pasti tidak mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan dan arahan SGF untuk mengurangkan jumlah acara yang boleh disertai oleh sesebuah negara pasti mengurangkan lagi jumlah emas untuk direbut Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan