Malaysia dan Singapura kongsi gelaran Piala Saudagar

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia dan Singapura terpaksa berkongsi penghormatan pada Kejohanan Kriket Piala Saudagar edisi ke-40 apabila mencatatkan keputusan seri di Padang Majlis Kriket Johor di sini hari ini.

Selepas berentap selama tiga hari, keduadua pasukan tidak dapat memecahkan kebuntuan untuk menentukan pasukan juara dalam siri perlawanan tahunan itu.

Catatan larian 358 atas kehilangan sembilan wiket pada hari pembukaan Jumaat lepas mungkin tidak cukup untuk memperoleh kemenangan mutlak bagi Malaysia.

Dalam pada itu, Singapura enggan menyerah kalah apabila membuat pukulan untuk mengumpul 226 larian bagi enam wiket pada hari akhir perlawanan hari ini.

"Kami ingin berjuang berhabis-habisan untuk mencipta kejayaan selepas sesi pagi tetapi Singapura mempunyai rancangan lain untuk menafikan peluang kami," kata pengurus pasukan negara Karu Selvaratnam.

"Saya tidak akan menyalahkan pemain tetapi sebaliknya mereka menampilkan persembahan baik tetapi gagal mengatasi lawan," katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan