Ahmad Fuad ungguli pusingan pusingan ke lapan

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pelumba Veteran, Ahmad Fuad Baharuddin mengungguli pusingan kelapan siri kejuaraan PetronasAAM Malaysian Cub Prix 2009 kategori Expert apabila menewaskan 18 pelumba lain pada perlumbaan yang berlangsung di perkarangan Stadium Utama Kangar di sini hari ini.

Pelumba berusia 30 tahun yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline itu mencatatkan masa 10 minit 59.745 saat untuk meninggalkan pencabar terdekatnya, Elly Idzliaikmal Ilias yang mewakili pasukan Suzuki Harian Metro Team SCK yang mencatat masa 11.01.735s untuk menduduki tangga kedua.

Tempat ketiga disandang oleh seorang lagi pelumba Suzuki Harian Metro Team SCK, Md Affendi Rosli yang mencatat masa 11.02.036s.

Ahmad Fuad yang ditemui berkata beliau bersyukur dengan kejayaannya sambil mengakui perlumbaan hari ini amat mencabar kerana sentiasa diekori rapat oleh pencabarpencabarnya ketika menghampiri garisan penamat.

"Saya memecut secara konsisten dan memberi tumpuan untuk memburu kemenangan pada pusingan ini," katanya.

Bagi Elly Idzliaikmal, beliau hampir ketinggalan untuk menduduki tempat ketiga namun kerosakan motosikal rakan sepasukannya, Md Affendi ketika menghampiri garisan penamat memberi kelebihan kepadanya untuk memintas kedudukan dan meraih tempat kedua.

Md Affendi pula berkata, beliau begitu yakin dapat menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Ahmad Fuad namun dihampakan dengan kerosakan motosikalnya yang memudahkan Elly Idzliaikmal memintas dan beliau terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Bagi kategori Novice, pelumba remaja berbakat, Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline muncul juara dengan mencatatkan masa 8:56.063s, tempat kedua disandang oleh Ahmad Abd Kadir yang mewakili pasukan Faito Boon Kui Racing Team dengan catatan masa 8:56.827s dan ketiga dimenangi Md Farid Ahmad yang mewakili pasukan Modenas Yuzi Pachi Racing dengan catatan 9.02.384s.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan