Isu MTA berpunca daripada aliran sistem antarabangsa, kata Ahmad Shabery

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini mendakwa konflik yang timbul dalam Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) berpunca daripada sistem aliran taekwondo antarabangsa.

"Sebahagian daripada konflik ini bukan berpunca daripada masalah dalaman tetapi sistem taekwondo itu sendiri yang menggunakan sistem taekwondo antarabangsa.

"Mereka mempunyai aliran mereka sendiri dan kadang-kadang terbawa-bawa ke dalam negeri. Ini yang tidak dapat kita selesaikan," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu yang berbangkit mengenai perlembagaan baru Jawatankuasa Penaja Persatuan Taekwondo Malaysia atas alasan berat sebelah kerana memberi kelebihan mengundi kepada kelab-kelab.

Ahmad Shabery turut menasihatkan mereka supaya menerima keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Penaja MTA semalam.

"Saya mengharapkan buat masa sekarang, persatuan-persatuan taekwondo negeri bersabar dan memberi peluang kepada keputusan yang telah dicapai oleh pihak Jawatankuasa Penaja untuk melaksanakan keputusan tersebut," katanya.

Jawatankuasa Penaja itu dipengerusikan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar dengan dianggotai MTA, Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF) dan Persatuan Kelabkelab Taekwondo Malaysia (MTCA).

Menurut Ahmad Shabery, MTA perlu menyelesaikan masalah berbangkit dengan segera dan tidak menjadikan atlet mangsa keadaan.

"Saya tidak mahu pada akhirnya negara kita tidak dapat menghantar atlet ke Sukan SEA, Sukan Asia dan sebagainya sematamata kerana masalah ini. Jadi, berilah peluang keputusan ini dapat berjalan," katanya.

Semalam, bekas presiden MTA Raja Taharuddin Nong Chik berkata perlembagaan baru itu memberi kelebihan kuasa mengundi kepada kelabkelab kecil yang sebelum ini bernaung di bawah persatuan negeri menyebabkan kuasa mengundi negerinegeri sendiri semakin berkurangan.

MTA, yang menjadi gabungan Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF), dibatalkan pendaftarannya pada 6 Mei 2005 oleh Pesuruhjaya Sukan ketika itu, Tan Sri Elyas Omar atas alasan menghindari pembangunan sukan tersebut mengikut Seksyen 20 (1) (e) Akta Pembangunan Sukan 1997.

Persatuan itu kemudian merujuk perkara itu ke mahkamah tetapi Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Seri Azalina Othman Said, telah menarik balik pembatalan berkenaan pada 5 Julai 2007.

Bagaimanapun, beberapa pegawai tidak berpuas hati dengan penarikan semula pembatalan pendaftaran MTA dan mengadu kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan Datuk Nik Mahmud Nik Yusof yang menggantikan Elyas, sekali lagi membatalkan pendaftaran MTA. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan