Sukan SEA: Skuad bola tampar pantai wanita buat persiapan akhir di Amerika

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola tampar pantai wanita negara akan menjalani latihan selama dua minggu di New York, Amerika Syarikat bermula 16 Nov ini sebagai persiapan akhir sebelum menghadapi temasya Sukan SEA Laos akhir Disember ini.

Jurulatih skuad bola tampar pantai wanita kebangsaan Lim Poh Hong berkata latihan akan disertai pasangan senior negara, Beng Shun Thing-Luk Teck Hua dan pasangan junior, M. Iswari-Tan Chiew Lee.

"Diharap latihan tersebut bukan hanya membantu pasukan senior kebangsaan sebaliknya turut memberi lebih pendedahan kepada pasangan junior kebangsaan sebelum menghadapi persaingan sebenar pada temasya Sukan SEA nanti," katanya di sini hari ini.

Lim berkata beliau mensasarkan pasangan Shun Thing dan Teck Hua mampu mara ke peringkat akhir pada temasya Sukan SEA Laos nanti dan pasangan Iswari dan Chiew Lee ke peringkat separuh akhir.

Ketika temasya Sukan SEA di Korat, Thailand dua tahun lepas skuad wanita pantai kebangsaan berjaya memperoleh pingat gangsa.

Lim yang baru dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Bola Tampar Malaysia berkata skuad bola tampar pantai wanita akan menyertai kejohanan Bola Tampar Dunia di Phuket, Thailand pada 4 hingga 8 Nov ini.

"Di sana pasukan kita akan mendapat lebih banyak pendedahan kerana mereka berpeluang untuk beraksi dengan pasukan Thailand yang merupakan penyandang juara dan naib juara bola tampar pantai wanita Sukan SEA edisi Korat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan