Malaysia hantar 10 atlet taekwondo ke Kejohanan ITF di Russia

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan menghantar pasukan yang besar terdiri daripada 10 atlet pada Kejohanan Taekwondo Dunia Persekutuan Taekwondo Antarabangsa (ITF) di SaintPetersburg, Russia, dari 12 hingga 17 Okt.

Pengurus pasukan Malaysia Wan Koon Seng berkata dalam edisi yang lepas, Malaysia kebiasaannya menghantar dua atau tiga peserta untuk mewakili negara kerana sukan itu tidak mendapat pembiayaan yang mencukupi bagi kejohanan di luar negeri.

"Dalam edisi yang terakhir di Slovenia, Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia memutuskan Malaysia perlu menghantar skuad yang lengkap ke Russia dan kami perlu mencari bajet daripada persekutuan dan individu dengan kerjasama kerajaan Perak," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau menerima Jalur Gemilang daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada majlis khas yang diadakan di kementerian berkenaan hari ini.

Wan berkata pasukan itu mensasarkan dua pingat emas di Russia kerana peserta Malaysia akan menghadapi cabaran getir apabila bersaing dengan lawan yang sukar dari 128 negara anggota ITF.

Dua tahun lepas di Slovenia, dua peserta Malaysia terkandas pada pusingan ketiga. Katanya Malaysia akan bertanding dalam empat acara iaitu "pattern", tempur, "power breaking" dan rutin mempertahankan diri.

Pasukan itu, katanya menjalani latihan keras selama tiga bulan di Ipoh kerana kebanyakan mereka datang dari Perak.

"Kerana taekwondo (ITF) bukan acara Olimpik, kami mempunyai sumber yang terhad untuk membiayai aktivitiaktiviti kami tetapi itu bukanlah sebab untuk menghalang kami daripada menyumbang sesuatu buat negara," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan