Konsistensi Azizulhasni cerahkan peluang Malaysia raih emas di London 2012

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Harapan Malaysia untuk meraih pingat emas pertama negara daripada Sukan Olimpik di London pada 2012 semakin cerah dengan kejayaan konsisten yang ditampilkan pelumba pecut, Azizulhasni Awang yang menjuarai kejohanan berbasikal trek Grand Prix Medellin di Colombia dua hari lepas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang menyifatkan Azizulhasni kini 'anak emas' Malaysia berkata kementeriannya akan memberikan segala bantuan yang diperlukan pelumba yang berasal dari Dungun, Terengganu itu untuk terus melakar kejayaan.

"Azizulhasni merupakan ikon anak muda negara dan kini merupakan 'anak emas' Malaysia. Kejayaannya yang konsisten meyakinkan kementerian untuk mendapatkan satu emas dari Olimpik London," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Malaysia sebelum ini mensasarkan satu emas dari London menerusi pemain badminton perseorangan negara yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tetapi kemudian menambah sasaran kepada dua emas selepas kejayaan konsisten pasukan pelumba pecut negara yang diketuai oleh Azizulhasni.

Pada perlumbaan di Colombia, Azizulhasni mencatatkan 10.353 saat untuk mengatasi pelumba Belanda Teun Mulder yang mencatat 10.393s dan juara dunia, Gregory Bauge yang melakukan 10.445s.

Ahmad Shabery juga kagum dengan komitmen Azizulhasni yang kini berpangkalan di Melbourne, Australia, untuk ke kejohanan di Colombia itu seorang diri tanpa ditemani oleh jurulatihnya John Beasley.

Sejak memenangi pingat perak dalam acara 200 meter pecut pada Kejohanan Trek dunia di Poland pada Mac lepas, Azizulhasni yang kini menjadi pelajar Universiti Deakin di Melbourne, turut meraih dua emas pada acara 200 meter pecut individu dan pecut berpasukan pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Kalimantan, Indonesia pada Ogos. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan