Putrajaya tuan rumah Kejohanan Ski Air Piala Dunia November ini

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas juara kategori lelaki dan wanita dunia, Freddy Kruger dari Amerika Syarikat dan Lucine Clementine dari Perancis menjadi antara 60 peserta dari 18 negara yang akan bertanding pada siri akhir kejohanan Ski Air Piala Dunia Putrajaya 2009, Nov depan.

Timbalan pengarah penganjur kejohanan, Zamri Hashim berkata kejohanan itu akan diadakan di Kompleks Sukan Air di Presint 6, Putrajaya dari 6-8 November yang menjadi pusingan terakhir siri kejohanan piala dunia itu.

"Siri pertama kejohanan itu diadakan di Dubna, Rusia (10-12 Julai) diikuti Liuzhou, China (13 Okt) manakala Putrajaya menjadi tuan rumah pusingan akhir dari 6-8 Nov," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Katanya ini kali kedua Putrajaya dipilih oleh Persekutuan Ski Air Antarabangsa (IWSF) sebagai venue kejohanan dunia itu selepas kali pertama diadakan di sini pada tahun lepas.

Zamri berkata kejohanan itu melibatkan tiga disiplin pertandingan iaitu Slalom, Tricks dan Jumping.

Kruger, juara keseluruhan 2007, kini muncul pendahulu keseluruhan kategori lelaki selepas mengumpul 1,000 mata selepas perlumbaan di Rusia manakala Clementine, juara keseluruhan 2007 dalam kategori wanita pula ketinggalan di kedudukan keempat keseluruhan dengan mengumpul 970.53 mata.

Kategori wanita kini dikuasai peserta dari Denmark, June Fladborg dengan 1,000 mata.

Siri kedua kejohanan yang bermula semalam di China akan berakhir Ahad ini sebelum siri terakhir di Putrajaya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan