Putrajaya bersedia anjur kejohanan Ironman 70.3

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya kini bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah dan menganjurkan kejohanan sulung acara sukan lasak Ironman 70.3, Ahad ini.

"Perbadanan Putrajaya sebagai badan yang menguruskan pusat pentadbiran kerajaan ini, mengalualukan kehadiran 300 peserta dari 20 negara termasuk peserta tempatan.

"Kami berbangga kerana dipilih sebagai tuan rumah kepada kejohanan bertaraf dunia ini. Setakat ini segala persiapan sedang giat dijalankan supaya kejohanan berjalan lancar," kata Ketua Penolong Pengarah (Sukan dan Rekreasi), Jabatan Perkhidmatan Bandar Ahmad Azuddin Arshad kepada Bernama.

Beliau terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal Ironman 70.3 Putrajaya di Bilik Mesyuarat Perbadanan Putrajaya di sini, semalam.

Menurut Ahmad Azuddin, pada kejohanan Ironman 70.3 Putrajaya itu, pelumba akan melalui jalan raya termasuk Persiaran Perdana yang menempatkan beberapa mercu tanda di Putrajaya seperti Istana Kehakiman dan Kompleks Perbadanan Putrajaya.

"Perlumbaan ini secara tidak langsung memainkan peranan dalam mempromosikan pelancongan sukan di Putrajaya. Putrajaya mempunyai kemudahan sukan air yang baik seperti di Kompleks Sukan Air di Percint 6," katanya.

Perlumbaan itu memerlukan peserta berenang sejauh 1.9km di Tasik Putrajaya berhampiran Hotel Pullman dan diikuti dengan acara berbasikal sejauh 90.1km, sebelum melengkapkan saingan dengan disiplin maraton 21km. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan