Boling: Siti Safiyah ingin tebus kekecewaan lepas

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain boling remaja negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman menetapkan sasaran untuk berada di tempat ketiga pada Kejohanan Boling Dunia di Melaka yang akan bermula 14 Nov depan.

Siti Safiah, 18, berkata ketika mengambil bahagian pada kejohanan yang sama di Venezuela pada tahun lepas, beliau hanya mampu berada di tempat kesepuluh dan berharap mampu meningkatkan pencapaian di Melaka nanti.

"Saya harap penampilan kali kedua ini akan lebih mantap dan dapat menebus kekecewaan sebelum ini.

"Kali ini saya lebih bersedia dan akan memberi lebih tumpuan kepada perlawanan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pemain muda itu berkata beliau akan cuba bermain dengan baik dan akan cuba mengelak daripada melakukan kesilapan ketika beraksi. "Untuk menjadi juara dunia adalah agak mustahil kerana ramai pemain yang lebih hebat terutamanya dari Singapura, England dan Australia akan mengambil bahagian pada kejohanan tersebut," katanya.

Beliau berkata naib juara edisi lepas, Ann Maree Putney dari Australia dijangka turut sama mengikuti kejohanan di Melaka nanti.

"Ianya merupakan satu cabaran hebat yang perlu saya atasi, apa pun saya akan cuba lakukan persembahan yang terbaik," katanya.

Selain daripada Siti Safiah seorang lagi pemain boling negara yang akan menyertai kejohanan itu ialah Zulmazran Zulkifli yang merupakan penyandang tempat ketiga bagi kategori lelaki Kejohanan Boling Dunia di Venezuela pada tahun lepas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan