Penganjur harap Ironman 70.3 Putrajaya disertai ramai atlet tempatan - Sukan Ekstra | mStar

Penganjur harap Ironman 70.3 Putrajaya disertai ramai atlet tempatan

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur perlumbaan triatlon Ironman 70.3 Putrajaya, LIEM Sdn Bhd berharap lebih ramai triatlet akan menyertai kejohanan sulung itu di jadual berlangsung di sekitar kawasan Kompleks Sukan Air Putrajaya, Ahad ini.

Pengarah pertandingan A. Chandrakumanan berkata LIEM Sdn Bhd yang juga merupakan penganjur rasmi kepada acara sukan lasak Ironman Langkawi, sehingga kini sudah menerima pengesahan penyertaan daripada 300 orang triatlet dari 20 buah negara.

"Kami jangka jumlah ini akan bertambah menjelang hari perlumbaan, dan kami juga mengharapkan lebih banyak penyertaan daripada triatlet tempatan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata antara triatlet yang akan mewakili Malaysia ialah Shahrom Abdullah dan Mohd Hafiz Wong, namun menurutnya senarai penuh peserta negara masih belum muktamad.

"Acara sukan lasak Ironman 70.3 adalah lebih kurang sama dengan acara Ironman, tetapi berbeza dari segi jarak perlumbaan setiap disiplin. Jika pada acara Ironman, acara renang melibatkan jarak sejauh 3.8km tetapi dalam Ironman 70.3 pula jaraknya hanya 1.9km," katanya.

Pada perlumbaan yang akan berlangsung di Putrajaya itu nanti, peserta perlu berenang sejauh 1.9km di Tasik Putrajaya berhampiran Hotel Pullman dan diikuti dengan acara berbasikal sejauh 90.1km, sebelum melengkapkan saingan dengan disiplin marathon 21km.

Katanya kejohanan itu berlainan dengan acara Ironman yang membabitkan renang sejauh 3.8km, berbasikal (180km) dan marathon (42.2km) dengan setiap peserta perlu menamatkan kesemua tiga disiplin itu dalam jangka masa 17 jam bagi melayakkan mendapat gelaran Ironman.

Perlumbaan yang diiktiraf World Triathlon Corporation (WTC) itu menyediakan 25 slot untuk pemenang mengikut kategori yang membolehkan mereka bertanding di Kejohanan Ironman 70.3 Dunia Foster Grant di Clearwater, Florida, Amerika Syarikat pada 14 Nov depan.

Ironman 70.3 Putrajaya menawarkan hadiah wang tunai AS$25,000 untuk kategori lelaki dan wanita profesional.

Acara berkenaan yang diiktiraf Persatuan Triatlon Malaysia serta disokong oleh Perbadanan Putraya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Kejohanan berkenaan pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 26 Julai lepas tetapi terpaksa ditunda kepada 4 Okt akibat kebimbangan penularan wabak selsema babi atau influenza A H1N1.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan