Golf: Malaysia gagal ke Piala Dunia di China

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain negara Danny Chia dan Iain Steel gagal layak ke Piala Dunia Omega Mission Hills selepas menduduki tempat keempat pada pusingan kelayakan Asia di sini semalam.

Chia dan Steel, yang memburu tiket pertama negara pada Piala Dunia dalam masa lapan tahun, berhempas pulas pada pusingan akhir di Kelab Golf Seri Selangor (KGSs) di sini tetapi pukulan bogey pada lubang ke-17 memusnahkan impian negara.

Pakistan pula layak ke Piala Dunia di China selepas menduduki tempat ketiga.

"Seperti semalam, kami perlu bermain dengan lebih baik hari ini tetapi malangnya gagal khususnya pada empat lubang terakhir," kata Steel.

Sementara itu, Chia berkata beliau dan Steel telah bermain agak baik hari ini tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

"Kami bermain dengan baik kecuali pada beberapa ketika sahaja. Pakistan bermain dengan baik sekali khususnya apabila melakukan pukulan birdie pada lubang terakhir. Kami cuba yang terbaik. Harap tahun depan kita cuba layak," kata Chia.

Pakistan, yang diwakili oleh Muhammad Shabbir dan Muhammad Munir, membuat kejutan apabila mencipta sejarah dengan menamatkan saingan di tiga tempat teratas sekaligus layak ke Piala Dunia buat pertama kali.

Gandingan pemain Pakistan itu melakukan pukulan tiga bawah par 68 pada pusingan akhir untuk menduduki di belakang juara Singapura (Lam Chih Bing dan Mardan Mamat) dan pemain Filipina Mars Pucay dan Angelo Que.

"Saya tidak dapat bayangkan perasaan saya ketika ini. Saya pasti semua orang di Pakistan tentu bangga sekali," kata Munir, yang beraksi pada Jelajah Asia.

Dalam pada itu, Lam dan Mardan berjaya membantu Singapura layak ke Piala Dunia buat kali keempat.

selepas menjuarai pusingan kelayakan Asia dengan kelebihan satu pukulan dengan jumlah 15 bawah par 269 pada saingan empat hari itu.

Filipina menduduki tempat kedua dengan ketinggalan satu pukulan di belakang Singapura.

Piala Dunia akan diadakan di Kelab Golf Mission Hills di Shenzen, China pada November ini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan