Skuad menembak sasar empat emas di Sukan Sea Laos

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mensasarkan empat pingat emas di temasya Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung dari 9 hingga 18 Disember. Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar (B) Jasni Shaari berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi memberangsangkan skuad negara di kejohanan dalam dan luar negara sepanjang tahun ini.

"Jika di Korat dua tahun lalu, skuad negara tidak menonjol dan sekadar membawa pulang dua pingat emas, kali ini kami mensasarkan empat emas dan yakin mampu mencapai sasaran tersebut terutamanya dalam acara rifel wanita," kata Jasni kepada Bernama.

Jasni berkata seramai 13 penembak negara telah melepasi had kelayakan ke Sukan SEA dan acaraacara yang akan disertai bagi wanita ialah 'Rifle 3 position', '10m Air Pistol' dan '25m Sport Pistol' manakala lelaki 'Rifle Prone'.

"Senarai 13 penembak ini telah dihantar kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan kami kini menunggu pengesahan MOM sebelum mengumumkan senarai muktamad serta melihat jika ada sebarang perubahan dan perkembangan semasa dari Laos," katanya.

"Penembak-penembak ini telah menunjukkan prestasi memuaskan dengan melepasi had kelayakan dalam beberapa kejohanan tempatan yang diadakan terutamanya kejohanan Piala Tun Tan Siew Sin pada Julai lepas dan kejohanan Mini Olimpik awal bulan ini," katanya.

Jasni berkata dua kejohanan tempatan yang bakal berlangsung iaitu Kejohanan Menembak Piala Tun Hanif pada Oktober dan Kejohanan Menembak Kebangsaan pada November ini menjadi medan pemanas badan skuad kebangsaan untuk membuktikan keupayaan sebenar sebelum berentap di Laos.

"Selain dua kejohanan tempatan ini, kami sedang menunggu lampu hijau daripada Majlis Sukan Negara dan MOM untuk penembak-penembak negara menyertai edisi kedua Sukan Perpaduan Islam 2009 di Iran dan Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok pada November berikutan penularan wabak influenza A (H1N1)," kata Jasni.

Skuad menembak kebangsaan yang terdiri daripada 16 penembak pistol dan rifel kini meneruskan latihan pusat di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM) di bawah bimbingan jurulatih Mohd Hashim Desa yang dijadualkan berakhir 6 September ini.

"Jika tahun lalu mereka terpaksa menyertai kejohanan pada bulan Ramadan, kali ini pula sekadar menjalani latihan pusat dan saya pasti kesungguhan dan semangat kental mereka walaupun berpuasa akan meningkatkan lagi prestasi mereka," kata Jasni.

Antara nama-nama yang melepasi had kelayakan ke Sukan SEA Laos dan kini menjalani latihan di LISRAM ialah Bibiana Ng, Nur Suryani Mohd Taibi, Shahera Rahim Raja dan Hasli Izwan Amir Hasan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan