Malaysia hantara 141 atlet dan pegawai ke Sukan Dalam Dewan Asia

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar 141 atlet dan pegawai bagi menyertai Sukan Dalam Dewan Asia ketiga di Hanoi, Vietnam yang berlangsung selama 10 hari bermula 30 Oktober ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata daripada jumlah itu, 73 merupakan atlet lelaki manakala 33 pula adalah atlet wanita.

"Kita hanya akan mengambil bahagian dalam lapan daripada 22 acara yang dipertandingkan iaitu petanque, sepak takraw hoop (bulatan), kabbadi, silat, futsal, tenpin boling, tarian singa dan tarian naga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari.

Kok Chi berkata MOM tidak meletakkan sebarang sasaran dalam temasya sukan itu kerana ia lebih kepada sukan pertunjukkan dan keutamaan MOM adalah kepada empat jenis temasya sukan iaitu Olimpik, Komanwel, Asia dan SEA.

Semasa ditanya mengenai perbelanjaan ke temasya sukan yang diadakan setiap dua tahun itu, Kok Chi berkata ia ditanggung sepenuhnya oleh persatuan terbabit sendiri atau Majlis Sukan Negara jika mendapat sokongan.

"Bagi persatuan yang mampu mereka boleh menghantar atlet tetapi saya pasti setiap persatuan mempunyai fokus yang tersendiri dan di tahap mana mereka ingin capai dalam jangka masa tertentu. "Sebagai contoh, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia pastinya memberi keutamaan kepada Sukan Olimpik berbeza dengan Persatuan Kabbadi Malaysia yang mempunyai sasaran yang lebih rendah seperti di Asia.

"Begitu juga di dunia ini terdapat lebih daripada 50 jenis sukan namun sebahagiannya merupakan sukan rekreasi. Kita tidak boleh memberi fokus kepada semua jenis sukan, Sukan Olimpik sekalipun hanya mempunyai 26 jenis sukan," katanya.

Mengenai laporan kelewatan pembinaan gelangganggelanggang bagi Sukan Komanwel 2010 di India, Kok Chi berkata ia biasa berlaku kepada negara tuan rumah kerana mungkin kekurangan dari segi kewangan dan sebagainya.

"Tetapi saya yakin India boleh menyiapkan gelanggang-gelanggang itu dan semua akan berlangsung mengikut jadual iaitu pada bulan Oktober. Kita hanya boleh menunggu dan memantau perkembangannya," katanya.

Media di India sebelum ini melaporkan bahawa penilaian juruaudit kerajaan mengenai kerjakerja pembinaan gelanggang menunjukkan berlaku kelewatan serius.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa 13 daripada 19 buah gelanggang yang akan digunakan pada temasya yang berbaki 14 bulan itu sama ada masih dalam pembinaan atau pengubahsuaian. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan