Mohd Salam kini bergelar pemanah para nombor satu dunia

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemanah paralimpik negara Mohd Salam Sidik kini bergelar pemanah paralimpik nombor satu dunia setelah berjaya meraih pingat emas sulung negara di Kejohanan Memanah Para Dunia di Republik Czech yang berakhir semalam.

Pada perlawanan akhir, Mohd Salam yang bertanding bagi acara recurve lelaki kategori ARW2 (berkerusi roda) berjaya menewaskan pemegang rekod dunia, Lee Hong Gu dari Korea Selatan dengan pungutan mata 122 berbanding 104.

Mohd Salam, 25, melahirkan rasa syukur kerana berjaya membawa pulang pingat emas pertama negara di kejohanan peringkat dunia.

"Saya masih lagi rasa terkejut kerana tidak sangka mampu sampai ke tahap ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kemenangan itu adalah hadiah untuk semua rakyat Malaysia kerana belum pernah ada pemanah negara yang berjaya membawa pulang pingat emas dari kejohanan tersebut sebelum ini.

Pemanah yang berasal dari Ulu Tiram, Johor itu berkata pada mulanya beliau agak gementar apabila berdepan dengan Hong, namun perasaan itu dapat diatasinya sebelum memulakan panahan pertama.

Sebagai rekod, Hong menewaskan Mohd Salam pada kejohanan sama yang berlangsung di Cheongju, Korea Selatan dua tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Mohd Salam berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) kerana menawarkan latihan sepenuh masa kepada atlet paralimpik sebagai persiapan program 'Road to London 2012'.

"Dengan bantuan penuh dari MSN selepas ini saya harap dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan dan persiapan ke Paralimpik London 2012," katanya.

Beliau berkata memang menjadi impian beliau untuk layak ke Paralimpik London 2012. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan