KL'09: Bola keranjang berkerusi roda Malaysia raih Perak

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Malaysia sekadar meraih pingat perak apabila tewas pada perlawanan akhir kepada Thailand 49-71 dalam acara bola keranjang berkerusi roda '5 on 5', Sukan Para Asean Kelima (KL'09) yang berlangsung di Institut Jerman-Malaysia (GMI), Bangi dekat sini.

Kegagalan ini sekaligus mengulangi pencapaian pada edisi keempat di Korat, Thailand tahun lepas apabila Malaysia tewas kepada pasukan yang sama.

Malaysia yang sebelum ini menewaskan Filipina untuk mara ke perlawanan akhir masih gagal menyaingi kehebatan Thailand yang menguasai hampir keseluruhan permainan yang berlangsung selama 40 minit itu.

Walaupun dengan kehadiran hampir 3,000 penyokong Malaysia, Thailand nyata tidak gentar apabila menguasai empat separuh masa permainan (10 minit setiap separuh masa) dengan menghasilkan banyak jaringan dari kawasan tiga mata melalui dua pemain utama, Aekkasit Jumjareaw dan Kwanchai Pimkorn.

Malaysia bagaimanapun yang mendapat sokongan moral dengan kehadiran bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah, tetap mempamerkan aksi melawan terutamanya melalui separuh masa kedua permainan dengan 23 jaringan berbanding Thailand 39.

"Walaupun tewas saya tetap berpuas hati dengan corak permainan seimbang yang ditunjukkan oleh pemain-pemain, cuma mungkin kekurangan dari segi jaringan dari kawasan tiga mata," kata ketua jurulatih Malaysia, M.Vegadiri ketika ditemui Bernama selepas perlawanan itu.

Beliau berkata Malaysia banyak kehilangan mata apabila pemain-pemain gagal menyempurnakan peluang untuk menambah jaringan.

"Tetapi apa yang penting skuad negara pada kali ini merupakan kombinasi pemain-pemain lama dan baru serta mempunyai masa yang masih panjang untuk menyinar terutamanya pada edisi keenam yang dijadualkan di Indonesia pada 2011," katanya.

Vegadiri berkata selepas ini pemainpemain akan menjalani latihan seperti biasa, dan akan menyertai satu kejohanan jemputan di Australia yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara pada bulan depan.

Ahad lepas, Malaysia turut meraih pingat perak di dalam acara '3 on 3' yang pertama kali diadakan apabila tewas tipis kepada Thailand dengan jaringan 11-13.

Secara keseluruhan daripada dua acara yang dipertandingkan, Malaysia mencapai dua pingat perak, manakala Thailand meraih dua pingat emas dan keduadua gangsa di menenangi oleh Filipina. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan