KL'09: Zamry menang emas, pecah rekod 100m kuak kupu-kupu S7

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perenang paralimpik negara Mohd Zamry Sapiee mencipta kejayaan yang beliau tidak duga pada Sukan Para Asean kelima (KL'09) apabila meraih pingat emas dan memecahkan rekod acara 100m kuak kupu-kupu lelaki S7 ketika kali pertama bertanding dalam acara itu.

Dalam acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Mohd Zamry mencatat masa satu minit 44.98 saat mengatasi rekod yang dipegang Wang Thathom Channi iaitu 2:00.00s pada temasya di Korat Januari tahun lepas.

"Saya amat terkejut dengan pencapaian hari ini. Acara ini saya tidak pernah sertai dalam manamana kejohanan. Saya cuma buat rutin ini semasa latihan biasa," katanya.

Selain meraih pingat emas dalam acara berkenaan, Mohd Zamry juga meraih pingat emas dalam 100m gaya bebas lelaki S7.

Tumpuannya kini ialah untuk mempertahankan pingat emas dalam acara 50m gaya bebas lelaki S7 yang dimenanginya di Korat.

Bagi ketua jurulatih skuad renang negara May Ang, prestasi yang ditunjukkan perenang negara setakat ini agak membanggakan.

"Selepas dua hari bertanding, saya lihat ada peningkatan prestasi semua atlet kita. Saya harap mereka akan dapat teruskan prestasi baik mereka itu," katanya.

Skuad renang negara berjaya meraih enam pingat emas, enam perak dan satu pingat gangsa pada hari kedua acara renang KL'09 hari ini. Semalam, mereka hanya meraih satu pingat emas, dua perak dan dua angsa. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan