KL'09: Skuad olahraga raih 40 emas keseluruhan

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad olahraga paralimpik negara menduduki tempat kedua secara keseluruhan apabila meraih 40 pingat emas, 39 perak dan 23 gangsa setelah berakhirnya saingan acara olahraga Sukan Para Asean (KL'09) di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Kejayaan itu membolehkan skuad olahraga Paralimpik negara melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu 32 pingat emas.

Dalam saingan hari terakhir olahraga hari ini, Malaysia menambah lapan pingat emas dengan empat daripadanya memecahkan rekod kejohanan.

Mohd Fazli Fauzil meraih emas keempatnya apabila gandingannya bersama Muhammad Amin Abdullah, Mohammad Nur Jerikin dan Abdul Syukur Ismail dalam acara lari bergantiganti 4x400 meter ID (kecacatan intelektual) lelaki mencatatkan rekod baru kejohanan tiga minit 34.68 saat.

Mohd Fazli sebelum ini memenangi acara 100 meter ID, 200 meter ID dan 4x100 meter ID serta memenangi satu pingat perak dalam acara lompat jauh ID.

Turut cemerlang untuk meraih emas ketiganya pada kejohanan ini adalah Haridas Krishna Kumar yang turut mencatatkan rekod kejohanan dalam acara 200 meter T38 (palsi serebrum) lelaki dengan catatan 26.63 saat.

Dua lagi rekod dicipta oleh kuartet 4x400 meter ID wanita yang mencatatkan masa empat minit 20.25 saat manakala Azizah Taib melakukan rekod kejohanan dalam acara lontar peluru F55 (berkerusi roda) dengan lontaran sejauh 5.31 meter.

Ketua jurulatih negara R.Jeganathan berkata kejayaan memenangi 40 pingat emas itu adalah hasil daripada kerjasama semua atlet olahraga sama ada senior atau pun pelapis setelah menjalani latihan bersama-sama untuk beberapa bulan.

Beliau berkata selain itu bantuan daripada beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, MSN, Institut Sukan Negara dan Majlis Paralimpik Malaysia telah merealisasikan kejayaan 40 emas itu.

"Malah sebilangan atletatlet pelapis yang berusia bawah 19 tahun telah mempamerkan kecemerlangan dengan memenangi emas seperti dalam acara lari bergantiganti 4x400 meter ID (kecacatan intelektual) lelaki dan wanita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"KL'09 sebenarnya merupakan pendedahan kepada atletatlet pelapis ini kerana mereka akan bertanding pada Sukan Paralimpik Remaja Asia di Jepun pada bulan depan," katanya.

Thailand muncul selaku juara keseluruhan bagi acara olahraga apabila mengumpul 64 pingat emas, 27 perak dan 17 gangsa manakala Vietnam di kedudukan ketiga dengan 27 emas, 25 perak dan 11 gangsa.

Ketika ditanya mengenai penguasaan Thailand itu, Jeganathan berkata negara jiran itu menyertai semua acara yang menggunakan kerusi roda (T51 hingga T58) yang menawarkan sekurangkurangnya 13 emas.

"Kita pula tidak menyertainya kerana ketiadaan kerusi roda itu (untuk perlumbaan) yang harganya agak mahal selain kekurangan atlet yang berkemampuan untuk bersaing dalam acara itu," katanya.

Sembilan negara telah mengambil bahagian dalam acara olahraga iaitu Thailand, Malaysia, Vietnam, Filipina, Indonesia, Brunei, Myanmar, Kemboja dan Singapura. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan