Abdullah Mohd Daud mahu ke Paralimpik sebelum bersara

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas menyumbang khidmat dalam empat edisi Sukan Para Asean, atlet renang paralimpik negara Abdullah Mohd Daud bertekad untuk bersara sekiranya gagal melepasi kelayakan ke Sukan Paralimpik di London pada 2012.

Untuk itu, Abdullah, 45, perlu mengungguli acara renang kegemarannya, 100 meter gaya bebas lelaki S8 (cacat keduadua belah kaki) pada Sukan Para Asean kelima (KL'09) yang akan bermula Sabtu ini.

Ini kerana catatan dan ranking dunia daripada KL'09 dan Sukan Para Asean di Jakarta pada 2011 akan menjadi kelayakan untuk beraksi di London pada 2012.

Abdullah berkata walaupun usianya mencecah 45 tahun pada Mac lepas, beliau yakin untuk mengatasi rekod lama satu minit 48 saat dalam acara yang sama, yang dicatatnya semasa temasya Sukan Para Asean di Korat, Thailand pada tahun lepas.

"Bagi saya usia bukan faktor penghalang kerana apa yang penting adalah semangat dan kecekalan yang ada pada diri sendiri ," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun atlet renang dari negara lain lebih muda daripada usianya, alasan itu bukanlah satu kelebihan bagi mereka dan satu kekurangan baginya. "Sebelum bersara dari sukan renang saya bercitacita untuk layak ke Paralimpik London 2012 nanti sebagai hadiah sebelum bersara terus dari sukan ini," katanya.

Tahun lepas beliau gagal melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Beijing setelah ketinggalan dua saat dari masa kelayakan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.

Abdullah pernah memperoleh dua pingat emas pada temasya Sukan Para Asean di Korat dan tiga pingat emas dalam kejohanan yang sama di Vietnam pada 2003.

Empat edisi Sukan Para Asean yang pernah disertai beliau ialah di Kuala Lumpur (2001), Hanoi, Vietnam (2003), Manila, Filipina (2005) dan Korat, Thailand (2008). BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan