Cai Lin lebur rekod 200m kuak kupu-kupu milik Nurul Huda

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perenang kebangsaan, Khoo Cai Lin memecah kesunyian Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil apabila memadam rekod kebangsaan acara 200m kuak kupu-kupu, berusia hampir 20 tahun milik bekas ratu renang negara Nurul Huda Abdullah, dalam saingan renang Mini Olimpik hari ini.

Perenang berusia 20 tahun yang berasal dari Selangor itu mencatat masa dua minit 16.11 saat untuk mengatasi catatan Nurul Huda, 2:16.83s yang dicatatkan sewaktu temasya Sukan SEA Kuala Lumpur pada 24 Ogos 1989.

Ia adalah rekod kebangsaan terakhir Nurul Huda yang diperbaharui oleh perenangperenang kebangsaan masa kini.

Ini adalah kali kedua Cai Lin memadamkan rekod kebangsaan yang dipegang oleh Nurul Huda.

Pada 18 Dis tahun lepas semasa temasya Sukan Univeriti Asean ke14 (SUA 2008) juga di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, Cai Lin memperbaharui rekod Nurul Huda dalam acara 400m gaya bebas.

"Rasa hebat dapat memecahkan rekod terakhir Nurul Huda kerana saya sentiasa mahu mengatasi semua rekod kebangsaan miliknya. "Saya baru balik dari Rome Isnin lepas dan masih letih berikutan perjalanan itu, dan saya tak jangka dapat memecahkannya (rekod Nurul Huda) apabila saya turun beraksi. Saya buat yang terbaik," kata Cai Lin, yang menjadikan Nurul Huda sebagai idolanya.

Semalam Cai Lin tidak turun beraksi dalam saingan akhir acara kegemarannya 400m gaya bebas dan ketiadaan beliau membuka peluang kepada perenang pelapis untuk menyerlah.

Beliau yang merasa tidak sihat telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding walaupun turun ke kolam renang semasa saingan peringkat separuh akhir.

Sementara itu, seorang lagi perenang kebangsaan, Chui Lai Kwan, berjaya melayakkan diri ke Sukan SEA Laos pada Disember ini dalam acara 50m gaya bebas wanita.

Pada saingan acara berkenaan hari ini, Lai Kwan, 19, dari Sabah mencatat masa 26.34 saat, melepasi had kelayakan Sukan SEA iaitu 26.79s.

Selain meraih pingat emas dalam acara 50m gaya bebas, beliau turut meraih pingat emas dalam acara 100m kuak lentang.

Turut meraih dua pingat emas hari ini ialah seorang lagi perenang kebangsaan Daniel Bego melalui acara 200m gaya bebas dan 200m kuak kupukupu lelaki.

KEPUTUSAN:

LELAKI:

200m Gaya Bebas:

Emas: Daniel Bego 1:55.01s

Perak: Kevin Lim 1:56.55s

Gangsa: Kevin Yeap 1:57.59s

100m Kuak Lentang:

Emas: Ian James Barr 1:00.16s

Perak: Teh Wei Pin 1:00.34s

Gangsa: Melvin Chua 1:00.53s

200m Kuak Kupu-kupu

Emas: Daniel Bego 2:02.48s

Perak: Kevin Lim 2:05.53s

Gangsa: Eugene Er An Jun 2:12.10s

WANITA:

200m Gaya Bebas:

Emas: Lai Wei Li 2:07.78s

Perak: Chan Kah Yan 2:09.28s

Gangsa: Evon Heng Kor Jin 2:11.15s 100m Kuak Lentang

Emas: Chui Lai Kwan 1:05.43s

Perak: Cheng Karmen 1:07.56s

Gangsa: Chan Kah Yan 1:09.97s 100m Kuak Kupu-kupu

Emas: Khoo Cai Lin 2:16.11s (Rekod Kebangsaan)

Perak: Hii Siew Siew 2:20.94s

Gangsa: Mohana Vijayan 2:27.05s 50m Gaya Bebas

Emas: Chui Lai Kwan 26.34s

Perak: Leung Chii Lin 26.83s

Gangsa: Chan Kah Yan 27.31s

BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan