Menembak: Shahril rangkul emas kedua

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penembak Johor, Muhamad Shahril Sahak terus menggugat penembak elite negara apabila memenangi pingat emas kedua dalam acara menembak pada Kejohanan Mini Olimpik di Lapang Sasar Subang, dekat sini, hari ini.

Dalam acara Rifle Prone 50 meter individu, Shahril, 19, membidik tepat dengan mengumpul 689.4 mata keseluruhan sekaligus memperolehi pingat emas keduanya selepas memenangi emas pertamanya dalam acara Air Rifle 10m individu Jumaat lepas.

Beliau mengetepikan saingan terdekatnya Mohd Norahimin Abdul Halim yang mengutip 688.4 mata bagi meraih pingat perak, sementara gangsa milik Mohd Hadafi Jaafar (687.7).

"Saya memberi tumpuan sepenuhnya sebagaimana dinasihatkan jurulatih saya walaupun bersaing dengan penembak elite negara seperti Azlan Johari (tempat ke10)," katanya yang juga memenangi pingat emas acara 10m Air Rifle individu pada Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu tahun lepas.

Walaupun memenangi emas dan juga melepasi mata kelayakan Sukan SEA Laos Disember ini (588), Shahril gagal memperbaharui rekod kebangsaan bagi acara itu yang dicipta Mohd Hameleay Abdul Mutalib iaitu 697.6 mata pada 2006.

Sementara itu, dalam acara 10m Air Pistol wanita, Joseline Cheah yang hanya mampu merangkul pingat gangsa dalam acara 25m sport pistol semalam, membuktikan beliau merupakan antara penembak elite terbaik negara dengan memenangi pingat emas acara itu.

Joseline mengumpul 472.4 mata keseluruhan untuk pingat emas manakala perak pula dimenangi Noreffani Abdul Malick (471.3) dan gangsa oleh Sarifah Zalina Syed Zirazilla (466.4).

Joseline yang juga pemenang rekod kebangsaan (486) dalam acara tersebut juga melepasi mata kelayakan untuk mewakili negara ke Sukan SEA Laos iaitu 379 mata.

"Ini merupakan penyertaan kedua dalam temasya Sukan SEA Laos selepas Sukan SEA Manila pada 2005 di mana saya gagal memenangi sebarang pingat," kata Joseline.

Katanya beliau akan mengikuti latihan pusat di Pulau Langkawi sebelum mengambil bahagian pada Sukan Perpaduan Islam Kedua di Iran dari 16 hingga 30 Oktober ini.

Joseline kembali semula dalam sukan tersebut selepas tamat tempoh penggantungan selama dua tahun April lepas kerana kesalahan doping.

Dalam pada itu, seorang penembak elite negara, Bibiana Ng hanya mampu menduduki tempat kelapan dalam acara tersebut.

Esok, dua acara yang menghadiahkan dua pingat emas akan dipertandingkan iaitu 10m Air Pistol Lelaki Individu dan 50m Rifle 3x20 Wanita.

KEPUTUSAN:

50m Rapid Rifle Prone Lelaki Individu:

Emas: Muhamad Shahril Shak 689.4 mata

Perak: Mohd. Norahimin Abdul Halim 688.4

Gangsa: Mohd. Hadafi Johari 687.7

10m Air Pistol Wanita Individu:

Emas: Joseline Cheah Lee Yean 472.4 mata

Perak: Norerffani Abdul Malick 471.3

Gangsa: Sarifah Zalina Syed Zirazila 466.4

BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan