Tiga penembak kuatkan skuad negara hadapi sukan SEA

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kehadiran tiga penembak berpengalaman, Bibiana Ng Pie Chin, Siti Nur Masitah Mohd Badrin dan Joseline Cheah menguatkan lagi skuad menembak negara yang sedang membuat persiapan menghadapi Sukan Sea di Laos, Disember ini.

Ketiga-tiga penembak itu sudah bersiap sedia untuk kembali beraksi selepas bebas dari pengantungan dua tahun oleh Persekutuan Menembak Antarabangsa (ISSF) sejak 2007, yang menyebabkan mereka terlepas beberapa kejohanan antarabangsa.

Mereka yang menyertai acara Rapid Fire Pistol, Air Pistol dan Air Rifle kini menyertai latihan pusat bersama 11 lagi atlet menembak di lapang sasar menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) sejak 18 Jun lepas.

Jurulatih kebangsaan Mohd Hashim Desa berkata penyertaan ketigatiga penembak berpengalaman itu diharap dapat membantu mengembalikan kegemilangan acara menembak yang dikecapi pasukan kebangsaan.

Malaysia meraih tiga pingat emas pada Sukan Sea 2007 di Thailand.

Latihan fasa pertama di Lisram yang dibantu jurulatih dari Belarus, Saidov Isroil dijadual berakhir 6 Julai ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan