Kejohanan Bola Jaring Asia: Malaysia tewaskan Thailand untuk raih tempat ketiga

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR Pasukan bola jaring Malaysia menumpaskan Thailand 61-41 untuk meraih kedudukan di tempat ketiga keseluruhan pada Kejohanan Bola Jaring Asia Ketujuh di sini, semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, pasukan Malaysia bermula dengan baik seawal suku pertama dengan mengatasi Thailand 199.

Namun pada saingan suku kedua, Thailand menggandakan asakan tetapi Malaysia terus di hadapan walaupun keduadua pasukan masingmasing menjaringkan 12 jaringan. Selepas rehat, strategi permainan pantas pemain negara telah menyekat kemaraan Thailand dan memenangi suku ketiga dan keempat dengan 15-9 dan 15-11.

"Saya berpuas hati dengan semua pemain khususnya kesefahaman pemain di barisan serangan dan pertahanan. Memang menjadi sasaran kami untuk menang perlawanan ini selepas kecewa dengan kekalahan semalam," kata ketua pasukan Nur Ain Ramlan ketika ditemui Bernama selepas tamat perlawanan.

Malaysia yang merehatkan penjaring utama, S. Aruna pada perlawanan semalam bergantung sepenuhnya kepada Norashikin Kamal Zaman yang menyumbang 52 jaringan dan diikuti Nor Atikah Mohd Salleh (7) dan Nur Ezzani Mohd Nor (2).

Sementara jaringan Thailand dihasilkan oleh Sirivan Seenongseng dengan 23 jaringan, Thidaporn Suttachip (8), Jeeranun Phocharoen (6) dan Poonyawee Warasettapong (4).

Terdahulu dalam penentuan tempat kelima dan keenam, Hong Kong menewaskan Taiwan dengan 45-37, manakala penentuan tempat ketujuh dan kelapan, India menewaskan Maldives dengan 33-31.

Perlawanan akhir hari ini akan menyaksikan pertemuan antara Sri Lanka dan juara bertahan, Singapura. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan