Kejohanan Wushu Sedunia penyertaan terakhir sebelum Sukan Sea

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) akan memanfaatkan Kejohaan Wushu Sedunia ke10 di Kanada Oktober depan sebagai platform untuk meningkatkan kemahiran serta keyakinan para eksponennya sebelum Sukan SEA ke 25 di Vientiane, Laos pada Disember.

Setiausaha eksekutifnya Winnie Chin Kim Yoong memberitahun Bernama bahawa dengan baki lima bulan yang masih ada, Kejohanan Sedunia itu dari 24-29 Oktober di Toronto, Kanada, merupakan acara besar terakhir sebelum bermulanya Sukan SEA pada 918 Disember.

"Kami menjangka eksponen kebangsaan di kejohanan dua tahunan ini akan lebih yakin dan mahir sebelum bertarung di Vientiane. Ini ujian getir buat mereka," kata Chin. Antara eksponen yang akan mengambil bahagian di kejohanan dunia itu ialah bagi taolu; Lim Yew Fai, Pui Fook Chien, Ang Eng Chong, Lee Yang, Wee Jung Jieh dan pendatang baru Ng Say Yoke, dan bagi sanshou; Wong Her Jien dan Ding Siew Bee.

Ditanya mengenai sasaran di Sukan SEA, beliau berkata mereka belum memutuskan sasaran pingat tetapi yakin dapat membawa balik beberapa pingat emas.

Sukan SEA menawarkan 21 pingat emas untuk Wushu dari sejumlah 383 emas yang dipertaruhkan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan