Malaysia cuba elak kejohanan di negara ada wabak H1N1

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan cuba mengelak daripada menyertai kejohanan sukan di negara yang berdepan wabak influenza A (H1N1), kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata kementerian akan mematuhi sebarang garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak melancong dan berkunjung ke Australia dan Amerika Syarikat kerana risiko menghidap penyakit itu.

Razali berkata isu penghantaran atlet untuk menyertai kejohanan sukan di luar negara akan dibawa ke mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.

Antara temasya sukan yang akan diberi pertimbangan ialah Sukan Belia Asia di Singapura dari 29 Jun sehingga 7 Julai ini walaupun Singapura bukan negara yang dianggap berisiko tinggi.

"Tetapi kalau di negara yang berisiko pun, kementerian belum mengeluarkan sebarang arahan. Jadi pada saya, tidak ada masalah tentang perkembangan yang terbaru ini," katanya merujuk kepada laporan bahawa Singapura telah kuarantin 19 pemain bola sepak remaja Filipina selepas seorang daripada pemain pasukan itu didapati positif penyakit dikenali juga sebagai selesema babi itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan