Bola jaring: Malaysia tunduk kepada Sri Lanka 52-72

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan bola jaring negara mengalami kekalahan pertama dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Bola Jaring Asia Ketujuh yang berlangsung di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara di sini, semalam.

Pemain negara bermula baik pada dua suku awal permainan tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada kekuatan Sri Lanka dengan 52-72.

Walaupun skuad negara diberi sokongan padu peminat, mereka agak sukar menyaingi kemampuan bekas juara tiga kali itu yang masih mengekalkan khidmat penjaring (Gs) tinggi lampai mereka Tharmini Sivalingam yang mempunyai ketinggian 2.06m.

"Pemain kita telah bermain dengan baik tetapi pengalaman dan kecergasan pasukan lawan mengatasi mereka. Walaupun agak kecewa, saya masih menaruh harapan para pemain akan memperbaiki kesilapan mereka hari ini untuk bermain dengan lebih baik dalam permainan berikutnya.

"Pemain banyak lakukan kesilapan, mereka gagal melakukan pintasan yang baik dan banyak membazirkan balingan bola. Kita masih mempunyai baki dua perlawanan sebelum dapat menentukan sama ada kita melangkah ke peringkat yang seterusnya dan saya harap kekalahan hari ini dapat menjadi iktibar," kata jurulatih negara Amnah Noran.

Malaysia akan berdepan Pakistan dan Hong Kong dalam baki dua perlawanan dan jika melepasi kedua-dua perlawanan itu, mereka akan bersama-sama Sri Lanka menempah tempat di peringkat separuh akhir.

Pasukan bola jaring negara akan bertemu Pakistan esok dan diikuti Hong Kong pada Selasa.

Keputusan perlawanan hari ini meletakkan Sri Lanka selesa melangkah ke peringkat separuh akhir. Setakat ini pasukan itu mengutip empat mata hasil dua kemenangan peringkat kumpulan, iaitu semalam mereka menundukkan Hong Kong 80-27.

Terdahulu, dalam satu lagi saingan Kumpulan b, Hong Kong dengan mudah menewaskan Pakistan 76-12.

Sementara saingan Kumpulan A pula menyaksikan juara bertahan Singapura menewaskan Maldives 67-19, manakala Thailand menewaskan Taiwan 52-39. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan