Saingan sengit tiga negara pada Kejohanan Bola Jaring Asia ke-7

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Bola Jaring Asia ke7 di Stadium Juara Bukit Kiara di sini yang bermula esok menjanjikan saingan sengit terutama di kalangan tiga negara yang dianggap antara gergasi Asia dalam sukan itu iaitu Malaysia, Singapura dan Sri Lanka.

Dengan ganjaran di mana dua pasukan yang layak ke akhir akan mendapat tempat untuk ke Kejohanan Dunia di Singapura 2011, cabaran selama 10 hari itu pasti menarik dengan sembilan pasukan menampilkan barisan terkuat mereka.

Skuad muda negara menggalas cabaran bagi memastikan kejuaraan kali kedua buat Malaysia sekaligus menebus kehampaan tunduk kepada pasukan Singapura pada perlawanan akhir kejohanan yang sama pada 2005.

Begitupun laluan ke perlawanan akhir tidak semudah yang disangka, terutama dengan kemungkinan penyandang juara Singapura dan Sri Lanka menyentap harapan skuad negara menerusi skil dan corak permainan mantap mereka.

Singapura menyimpan tekad untuk mempertahankan kejuaraan dan status sebagai pasukan Asia teratas dalam ranking dunia iaitu kedudukan ke14 ketika ini, selain mencari permulaan bekalan mantap bagi menghadapi Kejohanan Dunia 2011.

Singapura diberi status sebagai pasukan pilihan dengan barisan pemain terkuat dan berpengalaman termasuk ketua pasukan Jean Ng yang mempunyai lebih 60 cap antarabangsa.

Jurulatihnya Lisa Beehag berkata, kejayaan pada Kejohanan Asia kali ini amat penting terutama dalam persiapan menghadapi cabaran lebih besar iaitu Kejohanan Dunia pada 2011.

Sementara itu, Sri Lanka juga membawa misi menebus kekalahan dan mengembalikan semula zaman kegemilangannya dalam bola jaring Asia apabila sekadar mampu menduduki tempat ketiga di belakang Singapura dan Malaysia semasa kejohanan pada 2005.

Dalam ranking dunia, Sri Lanka yang berada pada kedudukan ke-19 di belakang Singapura dan Malaysia pernah menjuarai Kejohanan Asia sebanyak tiga kali sebelum ini. Dengan meletakkan pemain paling tinggi 2.06cm bagi S. Tharjini yang akan bertindak sebagai penjaring pasukan, pasti memberikan kelebihan kepada pasukan dari Asia Selatan itu.

Skuad negara kendalian jurulatih Amnah Noran yakin dengan kemampuan pemain terutamanya dari segi ketahanan, taktik dan kepantasan selepas menjalani siri latihan intensif dan perlawanan persahabatan di Perth, Australia.

"Kekecewaan tewas kepada Singapura empat tahun lepas masih dirasai. Kami berharap dengan kehadiran pemain berpengalaman dan muda kali ini, skuad negara mampu melepasi cabaran peringkat kumpulan, ke peringkat separuh akhir dan peringkat seterusnya," kata Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Soraya Yaacob.

Penjaring gol negara S. Aruna, yang mempunyai 10 cap antarabangsa dan merupakan penjaring terbanyak semasa perlawanan di Australia bulan lepas, menjadi pertaruhan terbaik selain sentuhan pemain berpengalaman lain seperti Nor Ezzaini Mohd Nor, Nur Ain Ramlan dan Nurul Bakar.

Malaysia, yang menjadi tuan rumah buat kali kedua selepas kali pertama menganjurkan kejohanan sama pada 1985, membuka tirai saingan menentang India pada pukul 3.30 petang esok selepas upacara pembukaan yang dijangka dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada pukul 3 petang.

Kumpulan A menampilkan Singapura, Maldives, Thailand dan Taiwan manakala Malaysia, Sri Lanka, Hong Kong, India dan Pakistan diletakkan dalam Kumpulan B. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan