Kenneth, Fung muncul pendahulu pusingan pertama

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain negara Kenneth de Silva dan Nicholas Fung melakarkan pukulan par 71 untuk berkongsi kedudukan sebagai pendahulu pada hari pertama kategori lelaki Kejohanan Cabaran Golf TSM 2009 di Kelab Golf Negara Subang (KGNs) dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, tumpuan pusingan pertama edisi keempat itu beralih kepada pemain wanita Nurul Shahirah Afiqah Saparudin apabila beliau berjaya membuat pukulan 'holeinone' di lubang ke13 par 3 sejauh 110 meter.

"Saya melakukan pukulan dengan kemas dan melihat bola itu melantun atas green dan bergolek ke arah lubang.

"Saya menahan nafas apabila bola itu mula berpusing di tepi lubang untuk beberapa saat sebelum jatuh ke dalam," kata pemain berusia 16 tahun dari Sabah itu.

Dalam pada itu, Adrian Teo dan Farhan Syarif Yasin masing-masing terikat dengan catatan satu di atas par 72, ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu manakala Gavin Kyle Green menduduki tempat kelima dengan dua atas par 73.

Sementara itu, juara bertahan Ainil Johani Abu Bakar menerajui kategori wanita dengan membuat satu atas par 72, dikuti rapat oleh Tan Min Yean dan Isza Fariza Ismail yang terikat dengan dua atas par 73.

Kelly Tan menduduki tempat keempat dengan ketinggalan dua pukulan di belakang pendahulu.

Ainil Johani, juara pada 2007 dan 2008, berkata latihan rutin selama lima hari dan latihan melakukan pukulan 'chip' membantu beliau menampilkan persembahan baik.

"Apabila menjuarai tahun lepas, saya menerima biasiswa untuk berlatih selama tiga bulan di Gold Coast, Australia. Langkah itu banyak membantu meningkatkan mutu permainan saya," katanya.

"Saya teruja untuk mendahului hari ini dan berharap merangkul gelaran ini buat kali ketiga berturutturut supaya saya dapat mengikuti latihan di akademi golf di luar negara," katanya.

Kejohanan itu dianjurkan oleh TSM Charity Golf bagi mencungkil bakat muda yang bakal mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Seramai 84 pemain termasuk 30 peserta wanita mengambil bahagian di mana juara lelaki akan menerima biasiswa latihan di luar negara bernilai RM40,000 manakala biasiswa sama bernilai RM20,000 bagi juara wanita.

Pendahulu Pusingan Pertama: LELAKI:

71 Kenneth Christian de Silva, Nicholas Fung

72 Adrian Teo, Farhan Syarif Yasin

73 Gavin Kyle Green

74 Chan Tuck Soon, Shawn Liew Hoa Yan, Mohammad Iszaimi Ismail, Akhmal Tarmizee Nazari, Mohamad Iylia Jamil, S. Kumaraesan

75 Low Khai Loon, Amirul Aizat, Mohd Noorhakimi Che Ya, Mohamad Hisham Abdul Majid

76 Ng Choo Teck, Ashraf Ahmad, Abel Tam Kwang Yuan, Jeremiah Kim Leun Kwang, Wilson Choo Zhe Ming, Mohamad Naqqiuddin Mohd Fuad, Zal Hazmi Norsabaruddin.

WANITA:

72 Ainil Johani Abu Bakar

73 Isza Fariza Ismail, Tan Min Yean 74 Kelly Tan

75 Gertrude Lee Yue Siew, Vivienne Chin Ven Yi, Ardilla Ali Rahman

76 Diana Tham Shen Yen, Sharon Lau May Yan 77 Michelle Koh Lay Sia, Nurul Shima, Iman Ahmad Nordin, Celeste Aisien Lo

78 Michelle Low, Aretha Pan, Nurul Syahirah Afiqah Saparudin, Nur Durriyah Damian.

BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan