Hoki: Pakistan dan Korea Selatan mara ke pusingan kedua

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Bekas johan Dunia Junior Pakistan dan Korea Selatan menempah tempat ke pusingan kedua selepas memenangi perlawanan masing-masing dalam Kumpulan A dan C di Stadium Hoki Johor Baharu di Taman Daya semalam.

Pakistan menumpaskan johan bertahan Argentina 3-2 dalam perlawanan Kumpulan A. Sementara Korea pula menumpaskan johan Eropah Sepanyol 1-0 dan menduduki tempat teratas dalam Kumpulan C.

Sepanyol akan menentang Malaysia dalam perlawanan kumpulan akhir hari ini, perlawanan yang mesti dimenangi Malaysia untuk terus mara sementara kedudukan seri pula sudah cukup baik untuk Sepanyol.

Korea akan menyelesaikan kempen kumpulan dengan perlawanan menentang pasukan kurang menonjol England. Dalam perlawanan Kumpulan A, Belgium menumpaskan Russia 6-1, sementara dalam Kumpulan C England menewaskan Amerika Syarikat 4-0. Di Stadium Sengkang, Singapura, Japan mengalahkan Chile 3-1 dan Jerman seri 1-1 dengan Australia dalam Kumpulan B; sementara Belanda menumpaskan India 3-2 dan New Zealand mengalahkan Singapura dalam Kumpulan D. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan