Golf: Ben akan pertahankan gelaran Selangor Masters Ogos ini

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain utama Asia termasuk juara bertahan Ben Leong dari Malaysia dijangka menyertai Kejohanan Golf Selangor Masters Worldwide Holdings di Kelab Golf Seri Selangor di Kota Damasara dekat sini mulai 5 hingga 8 Ogos ini.

Kejohanan yang menerima pengiktirafan Jelajah Asia dan disokong oleh kerajaan Selangor itu dijangka menyaksikan penyertaan 156 pemain iaitu 112 pemain profesional Jelajah Asia, 36 pemain profesional tempatan dan lapan tempat "wild card".

"Kejohanan tahun lepas adalah sangat berjaya. Kerajaan negeri komited untuk menaiktaraf Selangor Masters dan kami akan teruskan usaha strategik kami bagi memastikan ianya kekal sebagai kejohanan utama antarabangsa," kata Setiausaha kerajaan Selangor Datuk Ramli Mahmud pada sidang akhbar di sini semalam.

Kejohanan itu menawarkan hadiah RM1 juta.

Sebelum itu, Ramli menandatangani perjanjian penajaan dengan pengerusi eksekutif Jelajah Asia Kyi Hla Han dan Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Nor Azlina Zakaria.

Berdasarkan perjanjian itu, kerajaan negeri akan kekal komited bagi menganjurkan kejohanan berprestij itu pada tahun depan.

Penganjur juga menawarkan tempat kepada juara dan naib juara kejohanan sulung Masters Remaja Antarabangsa Selangor dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini untuk menyertai Selangor Masters.

Sementara itu, Kyi berkata 36 tempat untuk pemain Malaysia akan ditentukan menerusi ranking pemain dalam Jelajah Asia dan pencapaian mereka pada pelbagai kejohanan tempatan dan serantau.

"Kami juga akan mengadakan pusingan kelayakan pada 2 Ogos ini sebelum Selangor Masters bagi memilih pemain mengisi 'wild card'," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan