Sukan Para Asean mungkin terpaksa gugur beberapa acara

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa acara mungkin terpaksa digugurkan daripada dipertandingkan dalam Sukan Para Asean kelima, sekiranya tajaan tambahan sebanyak RM6 juta gagal diperolehi sebelum hujung bulan depan.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abu Zarin berkata peruntukan RM4 juta yang diberikan oleh kerajaan tidak cukup bagi menampung kos anggaran sebanyak RM10 juta yang diperlukan bagi menganjurkan temasya sukan tersebut.

"Jawatankuasa promosi kita sedang sibuk cari penaja tambahan, tapi daripada maklumat tak rasmi jumlah penajaan setakat sekarang masih belum mencukupi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya pihak jawatankuasa promosi kejohanan tersebut akan bermesyuarat dua minggu lagi untuk membentangkan laporan kewangan semasa dan membincangkan langkah-langkah pengurangan kos sekiranya perlu.

Beliau berkata Malaysia menetapkan sasaran untuk muncul juara pada kejohanan kali ini dan perkara itu tidak mustahil dicapai kerana negara mempunyai atlet kurang upaya yang berkemampuan.

Sebanyak 11 acara dijadualkan dipertandingkan dalam temasya sukan yang berlangsung pada 15 hingga 19 Ogos itu.

Acaraacara tersebut adalah olahraga, renang, badminton, ping pong, angkat berat, catur, boling, pelayaran, tenis kerusi roda, bola keranjang kerusi roda dan bola tampar duduk.

MPM merupakan penganjur temasya sukan dwi tahunan itu yang bakal berlangsung di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan