Datuk Zolkples dibenar keluar hospital

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dibenarkan pulang hari ini setelah menjalani pembedahan pintasan koronari jantung di Hospital Ampang Puteri di sini Ahad lepas.

Beliau diberi cuti sakit selama tiga bulan berikutan pembedahan itu dan akan kembali bertugas apabila keadaan dirinya mengizinkannya berbuat demikian.

"Buat masa ini masih terlalu awal untuk memikirkan bila saya akan kembali bertugas. Apa yang penting, saya harus tumpukan lebih perhatian kepada penjagaan kesihatan diri," katanya kepada pemberita.

Beliau juga yakin Abdul Jalil mampu menjalankan tugas sebagai Pemangku Ketua Pengarah MSN.

"Saya pasti beliau tidak menghadapi masalah kerana kita telah menyediakan pelbagai program, aktiviti untuk dilaksanakan sehingga ke Sukan Olimpik London 2012," katanya.

Zolkples, 50, mengadu sakit dada ketika beraksi pada satu kejohanan golf sebelum pulang ke rumahnya untuk berehat.

Namun beliau kemudiannya dimasukkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan