Skuad Futsal kebangsaan perlu berusaha lebih keras

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA Jika keputusan perlawanan persahabatan di Uzbekistan diambil kira, skuad futsal kebangsaan perlu berusaha lebih keras sekiranya ingin merealisasikan sasaran mara ke perlawanan akhir Kejohanan Futsal Asean (AFF) di Vietnam bermula Isnin ini.

Ini kerana pada lima perlawanan persahabatan yang dilalui Malaysia di Uzbekistan bermula 20 Mei lepas, mereka hanya mampu menjaringkan enam gol dan melepaskan 25 gol kepada lawan.

Malah daripada enam gol yang dihasilkan empat gol merupakan sumbangan kapten pasukan Addie Azwan Zainal yang telah bermain sejak tahun 2000, manakala baki dua gol masingmasing melalui Safar Mohamad dan Qaiser Heshaam Abd. Kadir.

Jurulatih kebangsaan P.Balakrishnan berkata pada perlawanan pertama dan kedua yang menyaksikan Malaysia tewas 51 kepada FC Stroitel Zaravshan dan FC Ardus (tewas 101), keduadua kelab dari Uzbekistan, beliau dalam proses ingin mencuba beberapa set pemain.

"Selepas itu pada tiga perlawanan berikutnya walaupun kita tewas namun pemainpemain telah menunjukkan peningkatan dengan perlawanan terakhir tewas kepada FC Ardus dengan hanya jaringan 21," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM di sini hari ini.

Balakrishnan berkata dengan masa yang ada, barisan penyudah akan diberikan tumpuan khusus di samping beberapa pemain muda yang kini cuba menyesuaikan diri dengan perlawanan di peringkat antarabangsa.

Untuk sasaran ke perlawanan akhir, beliau berkata biarlah mereka mengharungi perlawanan dalam kumpulan A bersama Thailand, Myanmar dan Indonesia yang boleh dianggap kumpulan maut.

Menurut maklumat yang diterimanya, Indonesia membawa masuk ramai pemain baru dengan pertemuan terakhir Malaysia menang 43 di Sukan SEA Korat dua tahun lepas manakala Myanmar merupakan pasukan yang harus diberikan perhatian kerana kekuatan mereka tidak dapat diketahui.

"Secara jujur, kita tidak melakukan persiapan yang semaksimum mungkin.

Untuk liga (Liga Futsal Kebangsaan) contohnya, seharusnya berjalan untuk tempoh sekurangkurangnya tiga bulan bukannya sebulan seperti sekarang kerana pemainpemain memerlukan banyak perlawanan untuk pendedahan," katanya.

Sementara itu pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola sepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Hamidin Mohd Amin berkata bantahan Malaysia bersamasama Thailand, Myanmar dan Indonesia mengenai undian kumpulan mengenai kejohanan itu telah pun ditolak AFF.

"Namun saya akan membangkitkan sekali lagi perkara ini pada mesyuarat penguruspengurus pasukan Ahad ini," katanya yang juga merupakan pengurus pasukan kebangsaan.

Bantahan itu dihantar kerana Malaysia, Thailand dan Indonesia merupakan tiga pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir pada kejohanan itu tahun lepas namun diundi dalam kumpulan sama.

Pada kejohanan itu, Malaysia yang menduduki tempat ketiga tahun lepas akan memulakan saingan bertemu Indonesia (Isnin), Thailand (Selasa) dan Myanmar pada perlawanan terakhir bagi merebut dua tempat teratas kumpulan A untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Tuan rumah, Vietnam diundi bersamasama Filipina, Brunei dan Timor Leste dalam kumpulan B.

Senarai 14 pemain kebangsaan: Addie Azwan Zainal, Mohd Ruzaley Abd Aziz, N.Saravanan, Safar Mohamad, Mohd Firdaus Razali, Mohd Hishamuddin Manjur Ahmad, Muhamad Fadhil Yusoff, S.Devandran, R.Deventhiran, Muizzudin Mohd Haris, Mohd Fadzil Ab. Karnim, Jamhuri Zainuddin, Qaiser Heshaam Abd. Kadir, Mohd Fairuz Mohd Noor. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan