Persatuan Kriket nafi hadapi masalah kewangan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Kriket Malaysia hari ini menafikan dakwaan bahawa kedudukan kewangannya tenat dan mempunyai hutang taksiran cukai tanah dengan Island and Peninsular Berhad sehingga RM500,000.

Setiausaha Kehormat persatuan itu C. Sivanandan berkata hutang cukai tanah dengan Island and Peninsular Berhad ialah untuk hartanah di kawasan kompleks kriket, Kinrara Oval.

Sivanandan bekata jumlah sebenar cukai tanah sehingga Disember 2008 ialah RM347,945 dan bukannya RM500,000 seperti yang dilapor akhbar tempatan barubaru ini dan ia tidak bermakna kedudukan kewangan persatuan kritikal kerana pendtadbiran persatuan dan Akademi persatuan itu di Kinrara ialah dua isu berbeza.

Beliau berkata persatuan, sebelum ini membuat rayuan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menimbang menurunkan kadar itu memandangkan persatuan itu adalah persatuan sukan sukarela dan semua aktiviti yang dijalankan di Kinrara Oval adalah acara yang tidak membawa keuntungan.

Cukai tanah yang tinggi dan kadar penilaian adalah berdasarkan Kinrara Oval berada di atas tanah komersial dan bukannyanya rekreasi, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Memandangkan MPSJ tidak mempunyai kuasa terhadap pengurangan atau pengecualian cukai tanah, perkara itu telah dirujuk kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk pertimbangan, katanya.

"Persatuan bergantung penuh kepada sumbangan dan tajaan untuk membiayai aktiviti tahunannya dan kami yakin pejabat menteri besar akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap rayuan kami.

"Kami membayar kirakira RM150,000 setahun untuk cukai tanah dan taksiran dan kami harap permintaan menukar status komersial kepada rekreasi sebagai cara mengurangkan kadar yang tinggi itu diluluskan," katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan