Sukan Para Asean tawar 1,500 pingat, 11 jenis sukan

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,500 pingat menerusi 11 jenis sukan akan ditawarkan pada temasya Sukan Para Asean kelima yang akan berlangsung di sini dari 15 hingga 19 Ogos depan, kata Presiden Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) Datuk Zainal Abu Zarin.

Katanya sukan tersebut ialah olahraga, renang, badminton, ping pong, powerlifting, catur, boling, perahu layar, tenis kerusi roda, bola keranjang berkerusi roda dan bola tampar duduk.

"Malaysia akan menyertai semua jenis sukan yang dipertandingkan dan berharap dapat menduduki tempat pertama pada temasya kali ini dengan memperbaiki rekod di Korat, Thailand, dua tahun lalu," katanya kepada Bernama, hari ini.

Pada temasya itu, kontinjen Malaysia seramai 180 atlet menduduki tempat kedua keseluruhan di Korat dengan meraih 82 emas, 74 perak dan 46 gangsa.

Zainal berkata semua acara akan diadakan di Kuala Lumpur kecuali perahu layar yang akan diadakan di Admiral Marina and Leisure Club, Port Dickson. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan