KBS mahu cungkil bakat atlet dari usia muda

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melaksanakan pendekatan baru iaitu mencungkil bakat atlet pada usia muda dalam usaha melahirkan atlet negara bertaraf dunia, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata pendekatan yang digunapakai selama ini seperti melalui sistem pendidikan bagi melahirkan atlet negara dilihat kurang bersesuaian.

"Seseorang atlet seharusnya bermula di peringkat umur yang lebih awal dan fokus sukannya mestilah bersesuaian dengan bentuk badan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata di sesetengah negara seperti China, pemilihan atlet dilakukan di peringkat kanakkanak lagi dan kerana itu mereka mempunyai jumlah atlet yang besar.

"Dua sekolah sukan yang kita ada sekarang (Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar) juga tidak sepatutnya memberikan tumpuan kepada semua jenis sukan," katanya.

Katanya pendekatan sekolahsekolah itu bagaimanapun mampu melahirkan atlet-atlet yang hebat seperti Datuk Lee Chong Wei (badminton), atlet berbasikal dan memanah.

Namun beberapa atlet lain bertaraf dunia seperti Datuk Nicol Ann David (skuasy), Shalin Zulkifli (tenpin boling) dan Nurul Huda Abdullah (renang) pula lahir daripada kaedah lain, katanya.

Ahmad Shabery berkata satu badan akan ditubuhkan untuk mengkaji pendekatan itu dengan lebih mendalam dan ia juga akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa bersama Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan