Roe juara peringkat ke-7 Jelajah Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PECUT... Pelumba dari pasukan Saving & Loan, Timothy Roe (kanan) memecut ketika melintasi garisan penamat saingan ketujuh Kejohanan Jelajah Malaysia 2009 hari ini. Timothy meraih tempat pertama, manakala tempat kedua dimenangi pelumba pasukan Tabriz Petrochemical, Ghander Mizbani (kiri)) dan tempat ketiga pelumba Saving & Loan, Jai Crawford. Perlumbaan itu bermula dari Tanjung Malim ke Genting Highlans sejauh 116.2 kilometer. -- fotoBERNAMA
PECUT... Pelumba dari pasukan Saving & Loan, Timothy Roe (kanan) memecut ketika melintasi garisan penamat saingan ketujuh Kejohanan Jelajah Malaysia 2009 hari ini. Timothy meraih tempat pertama, manakala tempat kedua dimenangi pelumba pasukan Tabriz Petrochemical, Ghander Mizbani (kiri)) dan tempat ketiga pelumba Saving & Loan, Jai Crawford. Perlumbaan itu bermula dari Tanjung Malim ke Genting Highlans sejauh 116.2 kilometer. -- fotoBERNAMA

GENTING HIGHLANDS: Pelumba Australia Timothy Roe berjaya merampas kedudukan pendahulu keseluruhan apabila menjuarai peringkat ketujuh kejohanan lumba basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM2009) dari Tanjung Malim, Perak ke Gohtong Jaya di sini hari ini.

Roe, pelumba pasukan Savings & Loan, membuktikan kepakaran dalam pendakian apabila menamatkan saingan sejauh 116.2 kilometer, dengan catatan masa tiga jam satu minit dan 21 saat.

Hasil kejayaan di Genting Highlands itu, Roe turut merampas jersi Kuning, sebagai pendahulu keseluruhan, daripada pelumba Iran Mehdi Sohrabi dari pasukan Tabriz Petrochemical.

Roe berjaya melintasi garisan penamat dengan mengatasi pelumba berpengalaman Ghader Mizbani dan rakan sepasukan Jai Crawford dari pasukan Tabriz Petrochemical.

"Semua berjalan lancar mengikut perancangan pasukan dan kami bangga dengan keputusan ini selepas semua titik peluh kami membuahkan hasil," kata pelumba muda berusia 20 tahun itu.

Roe menyifatkan pasukan dari Iran amat mantap sekali dan menguasai peringkat awal perlumbaan tetapi ia tidak membimbangkannya walaupun perlumbaan berstatus 2.2 mata itu sukar.

Roe mendahului buruan gelaran pelumba terbaik keseluruhan dengan mengumpul masa 27 jam 34 minit dan 20 saat, kelebihan 24 saat di hadapan pencabar terdekat dan rakan sepasukan Crawford manakala Ghader di tempat ketiga dengan ketinggalan 25 saat dari pendahulu.

Walaupun memenangi peringkat hari ini, Roe tidak dapat merangkul gelaran Raja Bukit (jersi Polka Dot Merah) apabila hanya mengumpul lapan mata di zon ketiga pendakian di Genting Highlands.

Pelumba Iran Abbas Saeditanha dari pasukan Azad University Continental pula berjaya muncul sebagai Raja Bukit apabila mengumpul 15 mata.

"Saya bangga untuk memiliki gelaran Raja Bukit dan perlumbaan hari ini paling sukar sekali ditambah keadaan cuaca panas," kata Saeditanha yang hanya memiliki perbezaan satu mata dengan Mehdi dan rakan sepasukan Hossein Nathegi menduduki tempat ketiga dengan 11 mata.

Laluan pendakian ke Gohtong Jaya merupakan cabaran paling getir sepanjang JM2009 dengan membabitkan tiga zon pendakian di Templer Park, Empangan Batu dan Genting Highlands.

Pelumba tempatan Ng Yong Li dan Muhamad Rauf Misbah muncul pelumba pendakian terbaik negara dengan Yong Li menduduki tempat ke-15 selepas catatan masa 3'04:34s dan Muhammad Rauf ketingalan 23 saat di tempat ke-19.

Sementara itu, pelumba Malaysia Mohd Nor Rizuan Zainal dari pasukan Angkatan Tentera merampas jersi Hijau dari Mehdi.

"Saya memang tidak menjangka akan memenangi jersi Hijau buat pertama kali hari ini.

Pasukan saya banyak membantu untuk meraih kemenangan ini," katanya yang menambah 11 mata atas pencapaian dalam kategori Raja Pecut.

Buruan pelumba terbaik Malaysia (jersi Putih) bertukar tangan dengan Muhamad Rauf memiliki kelebihan 19 saat untuk mengambil alih kedudukan daripada ketua pasukan Suhardi Hassan.

Kejohanan JM2009 akan menutup tirai di Kuala Lumpur esok, dengan pelumba beraksi pada acara kriterium sejauh 80.4km atau 12 pusingan membabitkan tiga zon pecutan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan