Anuar realisasi raih kemenangan di negeri kelahiran

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pelumba pecut kebangsaan, Anuar Manan hari ini merealisasikan sasaran peribadinya untuk memenangi peringkat keempat perlumbaan Jelajah Malaysia 2009 (2009) di negeri kelahirannya, Terengganu.

Beliau mencatatkan masa empat jam, sembilan minit dan 21 saat untuk mengungguli perlumbaan peringkat keempat sejauh 177.5km dari Pasir Mas ke Kuala Terengganu.

Anuar, 23, anak kelahiran Kuala Ibai, melakukan henjutan bertenaga semasa menghampiri garisan penamat untuk mengatasi pencabarnya Rafai Chtioui daripada Doha Team dan Sergey Kudenstov daripada pasukan Polygon Sweetnice dengan sorakan ribuan penyokong tempatan.

"Saya memang sasarkan untuk menang peringkat ini. Saya berterima kasih kepada rakanrakan dalam pasukan saya yang banyak membantu sejak dari perlumbaan (peringkat empat) untuk merealisasikannya, walaupun saya tidak menang apaapa mata untuk kategori pecutan hari ini.

"Pada hari ini, perlumbaan agak mencabar juga walaupun banyak laluan landai. Banyak pelumba yang melepaskan diri daripada kelompok besar sejak dari awal perlumbaan," kata Anuar.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan