Institusi pengajian tinggi bakal bangunkan sukan khusus

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi bercadang mewujudkan pengkhususan sukan bagi setiap institut pengajian tinggi dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berkebolehan, kata Setiausaha bahagian kementerian itu, Dr. Saharudin Ismail.

Katanya, penentuan acara sukan bagi setiap institusi akan dinilai menerusi kemudahan dan tenaga pakar yang sedia ada di IPT tersebut.

Menurutnya, cadangan itu akan diperhalusi pada peringkat Kabinet tidak lama lagi.

"Walaupun setiap IPT bakal mempunyai pengkhususan sukan sendiri ianya tidak akan mengenepikan pembangunan acara sukan lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, hampir 10,000 atlet dan pegawai akan terlibat dalam Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2009 di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 15 hingga 27 Mei depan,

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UUM, Datuk Ahmad Faiz Hamid berkata, segala persiapan kini berjalan lancar dan pihaknya berazam untuk menjadi tuan rumah yang terbaik.

Acara sukan yang akan dipertandingkan ialah taekwondo, skuasy, golf, bola keranjang, bola tampar pantai, sepak takraw, sofbal, ragbi, boling padang, badmintion, pencak silat, hoki, memanah, catur, bola tampar, karate do, tenis, ping pong, kriket, futsal, tenpin boling dan bola baling. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan