Azizulhasni teruja lihat rakan berlumba

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang nyata teruja melihat rakan-rakan senegara bersaing pada perlumbaan basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM 2009) yang membuka tirainya hari ini.

Azizulhasni dijemput khas oleh penganjur perlumbaan JM2009, Ten Speed Sdn Bhd, sebagai ikon untuk perlumbaan kali ini dan akan menjadi penyeri sepanjang perlumbaan kali ini.

"Penampilan di JM 2009 amat bermakna buat diri saya kerana saya mula menceburi bidang ini dengan pembabitan dalam acara lebuh raya sebelum beralih ke acara trek," katanya.

Melihat aksi rakan-rakannya berlumba, Azizulhasni mengakui teruja dan merasa teringin untuk melepas gian berkayuh selepas perlumbaan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh berakhir di sini.

Baru-baru ini, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu, itu telah memenangi pingat perak Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Poland dan menjadi antara atlet harapan negara untuk mengutip emas pertama pada Sukan Olimpik London 2012. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan