Kekurangan penajaan bukan penghalang anjur Jelajah Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kekurangan penajaan akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekarang bukan penghalang kepada pihak penganjur, Ten Speed Sdn Bhd untuk meneruskan perlumbaan jelajah berbasikal tertua di negara ini, Jelajah Malaysia (JM).

"Walaupun jumlah penajaan yang diperoleh tahun ini agak berkurangan sedikit berbanding tahuntahun sebelumnya, jumlah ini masih mencukupi untuk kami menganjurkan perlumbaan Jelajah Malaysia.

"Kalau dilihat dari segi wang hadiah pula, tidak ada pengurangan sebaliknya jumlah keseluruhan untuk tahun ini bertambah daripada RM245,000 kepada RM280,000," kata pengarah eksekutif perlumbaan JM 2009 Datuk Astaman Abdul Aziz pada sidang akhbar selepas majlis mengumumkan penaja acara JM2009 di ibu pejabat Electcoms Berhad di sini, hari ini.

Tahun ini adalah tahun kedua syarikat komunikasi antarabangsa, Electcoms Berhad menjadi penaja acara bagi perlumbaan Jelajah Malaysia.

Pada majlis itu juga diperkenalkan Jersi Kuning Electcoms yang akan diberi kepada pelumba terbaik keseluruhan kejohanan, di samping Jersi Hijau (Jaguh Pecut) dan Jersi Bintik Merah (Jaguh Bukit).

Beliau berharap JM boleh melahirkan lebih ramai pelumba basikal tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, sekaligus menaikkan nama negara.

Menyentuh mengenai hasrat Ten Speed Sdn Bhd untuk menganjurkan perlumbaan JM di Sabah dan Sarawak, Astaman berkata hasrat itu boleh dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan di keduadua negeri itu.

"Jika kita diberi peluang untuk menganjurkan perlumbaan di Sabah dan Sarawak, ia secara langsung memberi makna kepada siri jelajah ini sendiri iaitu Jelajah Malaysia.

"Jika kita anjurkan, ia akan menjadi siri Jelajah Malaysia yang pertama diadakan di Sabah atau Sarawak," katanya.

Perlumbaan JM 2009 selama lapan hari itu akan bermula Ahad ini dan merangkumi jarak perlumbaan sejauh 1,240km. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan